Bau durian 'melekat' dalam kereta? Cuba petua ini...

oleh SALINA JALIL|
Walaupun sekarang ini zaman pandemik COVID-19 tetapi seperti mana setiap tahun musim durian tetap kembali, ada baiknya kami di Careta.my berkongsi petua atau tips bagaimana untuk menghilangkan bau durian dalam kereta anda.


Bukan semua orang yang boleh tahan dengan bau durian yang sememangnya kuat dan boleh melekat dalam kereta anda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Tidak dinafikan memang raja segala buah ini memang sedap tetapi bau yang dtinggalkannya mampu memeningkan kepala anda walaupun dalam perjalanan jarak dekat apatah lagi sekiranya jauh!

 

Lebih-lebih lagi kalau kita simpan durian di dalam bonet kereta, gerenti berhari-hari baunya susah nak hilang.

 

Anda boleh mencuba beberapa petua atau tips yang diberikan : 

 

1. Bungkus serbuk kopi (tak kisah cap apa pun) dalam kain dan letakkan di dalam kereta.

 

Aroma dari kopi itu akan menyerap segala bau durian atau bau yang lain dalam bonet kereta anda. Biji kopi juga biasanya  digunakan oleh jurujual minyak wangi berjenama untuk meneutralkan bau hidung sebelum menghidu minyak wangi yang akan mereka sembur pada anda.

 

2. Letakkan semangkuk cuka dalam bonet kereta dan tutup.

 

Bau cuka yang sifatnya berasid ini boleh juga menghilangkan bau durian. Selain itu cuka juga boleh digunakan untuk mengelakkan kucing membuang najis di kawasan rumah anda. Jadi anda boleh mengelakkan diri daripada terkena najis kucing sebelum menaiki kereta, kalau tidak haru beb! 

 

 

3. Ambil beberapa keping roti putih (tak kira apa jenama) dan letakkan di dalam kereta anda selama dua hari. Roti juga boleh menyerap segala bau yang ada dan selepas dua hari roti tersebut akan mengeras. Jangan pula kitar semula roti tersebut buat roti bakar ye!

 

4. Kalau di rumah kebetulan tiada roti tetapi ada arang, anda boleh menggunakan arang tersebut untuk ditinggalkan ke dalam kereta selama beberapa hari. Bau tersebut akan diserap oleh arang dan lepas itu kalau nak guna semula arang tersebut untuk buat barbeku, itu terpulanglah pada anda. 

 

5. Balut buah durian itu dengan daun ubi kayu atau betik atau apa-apa daun yang boleh menutup buah durian. Mungkin dengan cara ini bau tersebut akan dapat diserap oleh daun itu terlebih dahulu. Satu lagi cara adalah dengan membungkus dahulu buah durian sebelum dimasukkan ke dalam kereta dengan beberapa lapis bungkusan beg plastik dan ikat dengan kemas. 

 

 

6. Buah nenas juga boleh menyerap bau durian. Potong separuh buah nenas itu dan letakkan dalam kereta anda. Tapi cara ini pasti membuatkan anda berfikir beberapa kali terlebih dahulu.

 

7. Kalau anda rasa rugi nak guna buah nenas, boleh juga letakkan daun pandan dalam kereta. Bau tersebut boleh dihilangkan oleh aroma daun pandan tersebut.

 

8. Serbuk penaik (baking soda) juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau yang kurang enak dalam kenderaan anda. Cuba letakkan semangkuk serbuk penaik (baking soda) di dalam kereta dan bau tersebut akan hilang. 

 

9. Petua yang terakhir, beli durian yang telah dikopek dan disimpan dalam bekas plastik yang kedap udara, tetapi percaya lah, baunya pasti 'mencucuk' hidung anda. Cuma baunya tidak sekuat dari buahnya sendiri!

 

Selepas itu buka semua tingkap kereta semasa memandu, jangan memasang pendingin hawa. Biarkan udara dari luar masuk ke dalam kereta anda dan sekaligus memberikan pengudaraan yang lebih baik dalam kereta. Cubalah!

 

Berita Berkenaan

Informasi
Penggunaan bateri tersebut digunakan oleh kenderaan terkini kerana tenaga tersebut sedikit sebanyak…
Tekno Careta
  Ini termasuklah cara-cara membersihkan kenderaan kita, dari syampu kenderaan sampailah segala…
Berita Global
Menurut laporan daripada Bloomberg, pengeluar itu dikatakan menghantar emel berbentuk tips kepada…