5 Ciri Honda Step Wgn baharu, harga paling rendah bersamaan RM114k!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda STEP WGN e HEV SPADA
Honda STEP WGN e HEV SPADA
Sebelum ini kami pernah laporkan tentang pengenalan Honda Step Wgn baharu (generasi keenam) dan walaupun beritanya dari Jepun tetap mendapat sambutan hangat.

Step Wgn dikenali pengguna tempatan kerana ia dibawa masuk oleh pengimport bebas.

Satu lagi ciri yang dikenali dan 'trademark' Step Wgn ialah pintu Waku Waku yang membahagikan pintu kargo kepada beberapa bukaan.

Maknanya pengguna tidak perlu buka keseluruhan pintu untuk mengambil barangan kecil.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda STEP WGN e HEV AIR

Pintu Waku Waku tidak digunakan pada Step Wgn baharu dan digantikan dengan pintu normal larasan berkuasa memori yang membolehkan ianya dibuka pada aras kecil.

Larasan itu membolehkan pintu tidak terlepas dari tangan atau menghentam dinding belakang!

Artikel kali ini pula tentang lima ciri Honda Step Wgn susulan penawarannya di Jepun pada 27 Mei 2022.

1. Enjin VTEC Turbo dan e:HEV

Honda STEP WGN e HEV SPADA
Honda STEP WGN e HEV SPADA

 

Di dalam era elektrifikasi sekarang ini banyak model popular ditawarkan dengan rangkaian kuasa hibrid atau elektrik.

Walaupun begitu tidak semua atau majoriti pengguna belum bersedia memandu kenderaan elektrifikasi.

Untuk Step Wgn baharu, Honda menawarkan dua jenis nadi iaitu 1.5L VTEC Turbo dan hibrid e: HEV. 

Step Wgn generasi kelima sebenarnya sudah pun tersedia dengan pilihan enjin turbo dan hibrid.

Untuk Step Wgn baharu, respon pengecas turbo telah dipertingkatkan dengan perubahan pada port ekzos dan turbin untuk lebih daya pecutan.

Honda STEP WGN e HEV AIR
Honda STEP WGN e HEV AIR

 

Selain itu, model pacuan semua roda (AWD) mempunyai pemanduan berkuasa dan stabil walaupun dipandu ketika salji atau cuaca buruk.

Dari segi kuasa, Step Wgn Air CVT menghamburkan 150 PS pada 5,500 rpm dan tork 203 Nm dari 1,600 rpm hingga 5,000 rpm.

Model e:HEV pula menggunakan enjin 2.0L i-VTEC dengan dua motor hibrid dan dipadan bersama transmisi ECVT.

Rangkaian kuasa Step WGN e:HEV Air mempunyai output 145 PS pada 6,200 rpm dan tork 175 Nm pada 3,500 rpm.

Padanan dengan sistem hibrid menjadikan kuasa 184 PS dari 5,000 rpm hingga 6,000 rpm dan tork 315 Nm dari 0 rpm hingga 2,000 rpm. 

2. Trek lagi panjang, selesa

 

Honda STEP WGN

 

Selain jarak roda (wheelbase) panjang, Honda turut menambah ukuran trek depan dan belakang supaya pemandu dan penumpang lebih selesa di dalam ruang dalaman yang luas.

Ianya turut menyumbang kepada kestabilan ketika melalui jalan lurus dan selekoh walaupun mempunyai badan yang besar.

Selain itu, Honda turut menambah penebat dan bahan penyerap bunyi terutama sekali pada bahagian belakang dan menjadikan suasana dalaman lebih senyap dan selesa.

3. Kerusi baris ketiga dibuat tinggi

 

Honda STEP WGN e HEV

 

Kerusi baris kedua Step Wgn mempunyai struktur yang bukan sahaja boleh dianjak ke depan dan panjang ke belakang tetapi juga ke kanan dan kiri.

Dengan itu penumpang bebas melaras kerusi mengikut keperluan mereka.

Kerusi baris ketiga pula mempunyai kedudukan lebih tinggi manakala bentuk kerusi depan dan penyandar kepala direka supaya dapat memberikan pandangan terbuka.

Selain itu, ketebalan kusyen turut ditambah dan menjadikannya lebih selesa walaupun pada baris ketiga.

4. Pintu gelungsur tepi dengan sensor sentuh

 

Honda STEP WGN

 

Pintu gelungsur tepi berkuasa Step Wgn dilengkapi sensor sentuh elektrostatik dan boleh dibuka dan ditutup dengan sentuhan mudah hujung jari.

Selain itu, pintu kargo Waku Waku diganti dengan pintu berkuasa dengan fungsi memori. 

Walaupun tidak mempunyai fungsi seperti model terdahulu, pengguna boleh menetapkan bukaan mengikut sudut yang diperlukan.

Ianya praktikal di dalam ruang yang sempit apabila pintu tidak perlu dibuka sepenuhnya dan ditahan secara manual dengan tangan.

5. Honda Step Wgn Air dan Step Wgn Spada

 

Honda STEP WGN e HEV AIR dan STEP WGN e HEV SPADA

 

Ada dua varian utama yang ditawarkan iaitu Step Wgn Air dan Step Wgn Spada dan boleh dibezakan melalui reka bentuk.

Step Wgn Air tampil bersahaja dengan rekaan ringkas manakala Step Wgn Spada lebih agresif.

Dalaman kedua-duanya juga berbeza dengan Step Wgn Air membawakan tema warna cerah ala ruang tamu.

Step Wgn Spada pula menggunakan tema gelap yang membawakan suasana dalaman bergaya.

Honda STEP WGN e HEV Spada Premium Line

Kapasiti tempat duduk ada tujuh atau lapan untuk kesemua varian Step Wgn kecuali Premium Line yang eksklusif dengan tujuh tempat duduk.

Dari segi varian kedua-dua Step Wgn ditawarkan dalam versi 1.5L VTEC Turbo dan e:HEV termasuk versi tertinggi Spada Premium Line.

Berkenaan harga, paling rendah ialah 3,382,500 yen (RM114,625) untuk Step Wgn e:HEV Air tujuh tempat duduk.

Model teratas ialah Step Wgn e:HEV Spada Premium Line yang berharga 3,846,700 yen (RM130,356).

Apa pun, masuk negara kita tak nanti? 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Honda STEP WGN e HEV Spada Premium Line

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…