4 pemenang bertuah terima RM20,000 dari Shell!

oleh Mohamad Hanif|
Shell meraikan empat pemenang bertuah menerusi peraduan "Nak Ekstra RM20,000" baru-baru ini.

Kempen ini sedang memasuki minggu kelima dan sedang menanti lima lagi pemenang bertuah sehingga 9 Februari 2020. 

Pemenang utama Mohamad Raffi Ismail (Bangi), Muhd Shukri Muhd Deris (Pahang) dan Azniza Bakar (Negeri Sembilan) telah dijemput sendiri oleh Shell untuk berkongsi kisah perjalanan mereka pada acara yang berlangsung. 

Untuk pemenang minggu ketiga, Muhd Shukri Muhd Deris berasa amat bertuah kerana hadiah tersebut datang tepat pada masanya.

"Saya mempunyai anak berumur enam tahun, walaupun saya amat teruja melihat anak memulakan sesi persekolahan, kos buku, uniform dan yuran persekolahan amat membimbangkan kami. 

"Apabila diberitahu saya memenangi hadiah RM20,000 daripada Shell Malaysia, ia merupakan satu anugerah kepada kami, terima kasih Shell Malaysia!"

 


Menurut Shairan Huzani Hussain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkata, "ini bukan kisah Shell, ini adalah kisah rakyat Malaysia, dan kami berharap dengan kempen "Nak Ekstra RM20,000" ini mampu mendorong rakyat Malaysia mencapai apa yang diinginkan. 

Masih ada peluang untuk anda membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000 dengan Shell Malaysia. 

Caranya mudah sahaja, isi bahan api di mana-mana stesen minyak Shell dengan jumlah minimum RM40 di dalam satu resit, dan hantar butiran peribadi menerusi borang fizikal atau kod QR yang disertakan. 

Selain daripada itu, Shell turut mengadakan jerayawara di beberapa lokasi seperti:

  • East Coast Malaysia, Kuantan (9 Januari)
  • Gurney Plaza, Penang (10 Januari)
  • Vivacity Mall, Kuching (17 Januari)
  • MyTown Cheras, KL (17 Januari)

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shell.com.my

Add new comment

Careta Ad