380 SE - S-Class pertama dipasang di Malaysia. Harganya?

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tanggal 23 Jun 1983 menjadi detik sejarah untuk negara Malaysia kerana kita menjadi negara kedua di luar Jerman untuk memasang model Mercedes-Benz S-Class.

Model Mercedes-Benz 380SE itu dipasang di kilang pemasangan kenderaan di Shah Alam (di kilang lama Ford - Associated Motor Industries Malaysia atau AMIM, dan kini kilang itu kosong dan tanahnya dimiliki oleh Kumpulan Tan Chong) dan ia dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkuta ketika itu, YB Datuk Abu Hassan Omar.

 

W126 interior

 

Tenaga mahir tempatan, dibantu dengan pakar-pakar dari Jerman memastikan Mercedes-Benz 380SE itu mengikuti piawaian dan mutu setaraf dengan unit yang dihasilkan di Jerman sendiri.

 

 

Harga jualan untuk Mercedes-Benz 380SE pada ketika itu ialah RM123,282 (Toyota Corolla LE dengan enjin 2E 1.3L 12-Valve dijual pada harga RM21,000 pada zaman itu).

Usaha permodenan industri automotif negara bersama Mercedes-Benz tidak berakhir di situ sahaja.

Mercedes-Benz kini mempunyai pusat pemasangan kenderaan mereka sendiri di Pekan, Pahang dan tidak kurang dari lapan model dipasang di sana.

 

 

Malah Pekan juga pernah menjadi tempat pemasangan enjin untuk Mercedes-Benz dan model paling mahal Mercedes-Benz yang dibina di Pekan ialah model Mercedes-Benz S500 yang berharga lebih dari RM1 juta.

Dasar Automotif Negara atau NAP baharu yang bakal diumumkan akan memastikan usaha-usaha sebegitu akan terus dilakukan oleh jenama-jenama kenderaan global. Ini ialah supaya Malaysia menjadi hab penghasilan kenderaan berteknologi moden di Asia Tenggara.

Tindakan itu akan menghasilkan peluang pekerjaan bernilai tinggi bagi penduduk negara dan mewujudkan vendor-vendor tempatan berteknologi canggih untuk menghasilkan produk bertaraf dunia agar mampu dieksport ke serata dunia.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…