Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan, jam 10.53 malam.
Menurutnya, sebuah jentera bersama anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.
Menurut Komander Operasi, PBK I Haji Salleh Bahran, kesemua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan daripada KKM.
"Komander Operasi melaporkan kemalangan membabitkan sebuah komuter melanggar tiga orang mangsa lelaki yang menceroboh landasan kereta api.
"Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, jasad kesemua mangsa lelaki yang berusia 30-an hingga 40-an itu tercampak di tepi landasan akibat rempuhan itu, namun masih berada dalam keadaan sempurna.
Menurutnya, operasi ditamatkan 12.15 tengah malam dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
SUMBER : HarianMetro , Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia