Masalah teknikal: Perkhidmatan KTM Komuter tergendala dua jam!

oleh Mohamad Hanif|
Siang tadi, berlaku gangguan perkhidmatan melibatkan KTM Komuter di KM423.533 antara Bangi dan Kajang pada jam 9.45 pagi.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Difahamkan, masalah ini mengakibatkan kelewatan sehingga dua jam untuk perkhidmatan KTM Komuter laluan Batu Caves ke Pulau Sebang, serta perkhidmatan ETS laluan Gemas ke Padang Besar.

Seramai 220 orang penumpang yang terkandas telah dipindahkan ke tren bantuan pada jam 10.35 pagi dan selesai pada jam 11.16 pagi.

Punca kegagalan tren ini adalah disebabkan oleh masalah teknikal, dan ia mengambil masa yang lama disebabkan oleh pelaksanaan kerja-kerja naiktaraf landasan projek KVDT, di mana hanya satu landasan sahaja digunakan antara laluan Kajang-Bangi.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, SPPP dan PPSB sentiasa komited dalam mengambil pelbagai langkah untuk memastikan…
Berita Domestik
Antara saranan beliau adalah, meningkatkan mutu pengangkutan awam termasuk mengambil kira masa…
Informasi
"Kami berharap pelancaran tren dan bas Mechamato ini akan menggalakkan generasi muda serta keluarga…