2.38 juta individu kemas kini maklumat di Padu, setakat 1 Februari

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) merekodkan jumlah pengemaskinian maklumat individu seramai 2.38 juta orang berdasarkan sumber data pentadbiran setakat 1 Februari.

Padu dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan diberikan sejak ia dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, 2 Januari lalu.

Menurut infografik yang turut dikongsikan bersama hantaran itu, Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 0.38 juta individu, diikuti Sarawak (0.31 juta), Johor (0.24 juta) manakala Perak dan Sabah, masing-masing (0.21 juta) individu.

Bagi negeri-negeri lain pula, Kedah dan Kelantan masing-masing merekodkan (0.16 juta) individu, Terengganu (0.13 juta), Pahang dan Kuala Lumpur, masing-masing (0.12 juta), Pulau Pinang dan Sarawak, masing-masing (0.11 juta), Melaka (0.07 juta), Perlis (0.03 juta) manakala Labuan dan Putrajaya masing-masing merekodkan (0.01) juta individu.

Orang ramai boleh mengemas kini maklumat mereka dalam sistem Padu menerusi laman sesawang https://www.padu.gov.my, yang dibuka dari 2 Januari hingga 31 Mac ini.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, antara kekuatan sistem itu ialah penggunaan data rentas agensi, dan bukannya bergantung…
Berita Domestik
"Kalau ikut perbincangan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan, pelaksanaan rasionalisasi…
Berita Domestik
Menurutnya, dengan menggunakan data daripada PADU, ia akan menambah baik program sosial dan ekonomi…