Kerajaan tanggung RM2 bilion subsidi petrol sebulan, jika tangguh pelaksanaan subsidi bersasar

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kerajaan perlu menanggung sekurang-kurangnya RM2 bilion sebulan bagi kos subsidi petrol, sekiranya terus menangguhkan pelaksanaan subsidi bersasar, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata sebagaimana diumumkan dalam belanjawan lepas, kerajaan perlu mematuhi jadual pelaksanaan penstrukturan semula subsidi pukal kepada subsidi bersasar tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk itu, Rafizi berkata kerajaan tidak bercadang melanjutkan pendaftaran dan kemas kini Pangkalan Data Utama (PADU) yang dijadual berakhir pada 31 Mac ini, bagi memastikan pelaksanaan subsidi bersasar mengikut garis masa ditetapkan.

"Kalau kita lanjutkan, itu bermakna kita akan terus menolak garis masa pelaksanaan ke belakang dan kesan penangguhan subsidi bersasar ini, menyebabkan kerajaan kena tanggung subsidi petrol pukal kira-kira RM2 bilion sebulan.

"Lebih baik jika RM2 bilion ini, disalurkan dalam bentuk bantuan kepada keluarga (yang layak)," katanya dalam sesi dialog awam PADU di Shah Alam, pada Sabtu.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Rafizi berkata kerajaan juga, sedang mempertimbang cadangan untuk melaksanakan pembayaran atau pengagihan bantuan dalam bentuk pindahan wang tunai secara bulanan terus kepada rakyat.

Beliau berkata reformasi agihan bantuan sosial rakyat yang tidak pernah ditawarkan itu boleh dilaksanakan melalui PADU dan kaedah itu juga dijangka memberi tambahan pendapatan kepada penerima bantuan.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Kementerian juga telah mengarahkan semua KPDNHEP negeri yang bersempadan dengan Singapura dan…
Informasi
  Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution…
Berita Domestik
Utusan Malaysia melaporkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (…