2,288 stesen pengecas EV dipasang sehingga Mac lalu - MITI

oleh Firdaus Razani|
Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), jumlah terkumpul Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCB) setakat Mac 2024 adalah sebanyak 2,288 unit.

Menteri MITI Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz berkata kementerian masih lagi mengekalkan sasaran 10,000 stesen pengecas baru tetapi sasaran Pengecas Pantas DC dinaikkan dari 1,000 stesen pengecas ke 1,500 stesen.

"Pasaran EV di dalam negara terus mencatatkan perkembangan yang pesat bagi tiga bulan pertama tahun ini, yang mana hampir 11,000 unit kenderaan elektrik bateri (BEV) dan hibrid telah dijual sehingga Mac 2024," katanya dalam hantaran media sosial malam ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC) yang dipengerusikan Datuk Seri Fadillah Yusof itu turut membincangkan konsep Pasport Bateri EV.

Katanya, semua bateri EV perlu mempunyai sistem pengenalan agar dapat memastikan semua bateri yang telah tamat hayatnya boleh dikesan dan dikitar semula selaras dengan konsep ekonomi kitaran.

"Kenderaan EV juga perlu menjadi sebahagian daripada ekonomi kitaran. Masih banyak lagi inisiatif yang boleh dilaksanakan bagi menambahbaik ekosistem EV sedia ada.

"Insya-Allah, kita akan bersama-sama menggerakkan pembangunan industri dan ekosistem EV negara secara progresif," katanya.

 

SUMBER : BH Online

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi…
Berita Domestik
Majlis perasmian itu diadakan di Dewan Gandasuli Tamara Residence, bersama-sama dengan sambutan…
Berita Global
Jumlah itu cukup besar dan masalahnya ialah kekurangan stesen pengecasan untuk EV tersebut. Buat…