20 tapak bazar Ramadan, 3 bazar Aidilfitri disediakan MBKT

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyediakan 20 tapak bazar Ramadan dan tiga bazar Aidilfitri tahun ini.


Datuk Bandar Kuala Terengganu, Shahidan Embok, berkata bazar Ramadan akan mula beroperasi pada hari pertama puasa yang dijangka 13 April ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, MBKT menetapkan waktu operasi bazar Ramadan mulai jam 3 petang hingga 7 malam.

 

"Jarak lokasi bazar Ramadan yang berdekatan terpaksa disediakan sebagai memenuhi permintaan peniaga selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

"Pertambahan lokasi bazar Ramadan berikutan kedudukan gerai jualan perlu dijarakkan 1.5 meter antara satu sama lain," katanya pada sidang media hari ini.

 

Shahidan menjelaskan, penambahan lokasi dilakukan bagi mengelakkan keadaan bersesak selain membantu kerajaan mengurangkan penularan pandemik COVID-19.

 

"MBKT juga mengeluarkan garis panduan pematuhan SOP iaitu hanya satu laluan masuk dan satu laluan keluar disediakan di semua tapak bazar Ramadan.

 

"Jumlah pengunjung juga turut dihadkan berdasarkan keluasan tapak bazar Ramadan dan peniaga serta pengunjung perlu melalui proses ujian suhu badan selain diwajibkan memakai pelitup muka," katanya.

 

Mengulas mengenai bazar Aidilfitri, Shahidan berkata, tiga lokasi disediakan iaitu di Dataran Shah Bandar, Jalan Paya Keladi dan di tapak stesen teksi.

 

"Bazar di Dataran Shah Bandar akan beroperasi mulai 13 April, manakala di Jalan Paya Keladi dan tapak stesen teksi pada 27 April.

 

"Pematuhan SOP di lokasi bazar Aidilfitri sama seperti ditetapkan di bazar Ramadan," katanya.

 

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Dr Izani turut memaklumkan, kemudahan Madinah Ramadan juga ditukar menjadi Pusat Rawatan Dan…
Berita Domestik
Timbalan Ketua Eksekutif II Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) Rusmimah Mat Derus…
Berita Domestik
  “Mesyuarat hari ini telah meneliti dan mendengar pandangan daripada Kementerian Wilayah…