Bazar Ramadan, Aidilfitri, Madinah Ramadan dibatalkan di Kelantan

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Bazar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negeri Kelantan, dibatalkan susulan peningkatan berterusan kes jangkitan COVID-19. Penganjuran Madinah Ramadan, bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di seluruh negeri Kelantan pada tahun ini dibatalkan.


Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, keputusan yang dibuat dua hari sebelum umat Islam menyambut Ramadan sebagai ikhtiar bagi membendung penularan Covid-19.


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin, memaklumkan perkara berkenaan menerusi kenyataan di Facebooknya, hari ini.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dr Izani turut memaklumkan, kemudahan Madinah Ramadan juga ditukar menjadi Pusat Rawatan Dan Kuarantin COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) sebagai ikhtiar kerajaan negeri demi membendung penularan wabak berkenaan.

 

Semalam, kes jangkitan harian COVID-19 di Kelantan mencatat 171 kes dan berada di kedudukan ketiga tertinggi selepas Sarawak dan Selangor.

 

Pada masa sama, Kelantan juga merekod satu kluster baru iaitu Kluster Bandar Baru Kubang Kerian yang membabitkan tempat kerja di daerah Tumpat, Bachok, dan Kota Bharu.

 

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membenarkan bazar Ramadan beroperasi sepanjang bulan puasa ini dengan jumlah kapasiti penjual dan pembeli yang bersesuaian dengan lokasi selain perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

Ahmad dilaporkan berkata, penjual hanya dibenarkan melayan dua orang pelanggan pada satu-satu masa.

 

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Bagi kenderaan klon ini ianya diseludup dari Singapura. "Kenderaan (motokar) diklasifikasikan…
Informasi
Pengerusi Skuad Perantau, Mohd Zafran Yasoa, 43, berkata, idea itu terhasil apabila mereka melihat…
Berita Domestik
Anggota polis menahan kenderaan terbabit, namun pemandunya memecut laju. "Anggota polis mengekori…