142 ribu trak pikap Ram dipanggil semula, lampu isyarat belok boleh aktifkan highbeam!

oleh Mohamad Hanif|
Nak bagi isyarat membelok, tapi lampu suluhan tinggi pula yang hidup!

Ini merupakan masalah utama yang dihadapi oleh 142,150 trak pikap jenama Ram di Amerika Syarikat, hanya disebabkan oleh modul bermasalah di dalam kolum stereng.
 

RAM


Ini bermakna, setiap kali pemandu berniat untuk menukar laluan dan memberikan isyarat membelok kiri atau kanan, lampu isyarat tersebut tidak akan padam.

Bukan itu sahaja, masalah yang terdapat pada modul tersebut akan turut mengaktifkan lampu suluhan tinggi kenderaan tersebut.
 

Ram


Masalah ini sebenarnya mampu mendatangkan risiko keselamatan yang tinggi pada waktu malam, terutama kepada kenderaan dari arah hadapan yang mungkin sekali terganggu disebabkan oleh silau lampu utama.

Kebanyakan model yang terjejas terdiri daripada model HD tahun 2023 dan 2024, termasuklah 73,739 Ram 2500, 25,799 Ram 3500, 142 Ram 3500 chassis cab, 13,433 Ram 4500/5500, dan 23,030 Ram 1500.
 

Ram

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, trak pikap tersebut telah diubah suai dengan sistem suspensi yang ditinggikan, sekali…
Informasi
“Menerusi garis panduan ini, kerajaan menjelaskan bahawa kenderaan barangan dengan berat dengan…
Berita Domestik
Katanya, tindakan sitaan terhadap kenderaan itu diambil kerana beroperasi tanpa lesen pengendali…