14 notis kesalahan, bengkel kereta buang minyak hitam dalam longkang diarah tutup

oleh SALINA JALIL|
Kedegilan seorang pemilik bengkel membaiki kenderaan di Taman Banting Baru, Kuala Langat yang tidak menjaga kebersihan termasuk membuang minyak hitam ke dalam longkang membawa padah apabila premis tersebut diarah tutup serta-merta semalam.


Arahan penutupan itu hasil pemeriksaan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) pukul 12 tengah hari terhadap bengkel diusahakan pemilik berusia 40an sejak tiga tahun lalu.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

 

Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPKL, Hishamuddin Ismail berkata, tahap kebersihan premis itu sebelum ini sering mendapat aduan malah telah diberikan 14 notis kesalahan daripada pihak kami.

 

Katanya, setakat ini kesemua notis kesalahan belum dijelaskan pemilik bengkel.

 

“Premis itu dibiarkan dalam keadaan kotor dan kelihatan tumpahan minyak hitam di dalam longkang.

 

“Justeru, pemilk bengkel tersebut didapati tidak mengikuti arahan dan syarat-syarat lesen dan diarah tutup,” katanya ketika dihubungi semalam.

 

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Udang-Undang Kecil 43(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDKL) 2007.

 

“Premis diarah tutup sehingga pemilik bengkel mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan oleh MPKL,” katanya. 

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Informasi
Hari ini, kami akan mengupas serba sedikit tentang 5 perkara yang perlu dititikberatkan sebelum…
Berita Domestik
  Setelah dua tahun beroperasi sejak 2019, POMEN kini telah dimuat turun oleh lebih 20,000…
Gaya Hidup
  Beliau yang kini mengusahakan bengkel kereta di Seremban 2, berkata pandemik COVID-19 mengubah…