Aplikasi POMEN, 20,000 pengguna muat turut sejak penubuhan

oleh SALINA JALIL|
Tersangkut ditengah jalan akibat kerosakan kenderaan menjadi mimpi ngeri yang menyukarkan urusan kerja seharian, atau ketika dalam perjalanan untuk berjumpa yang tersayang.



Kadangkala, akibat kesibukan kita terlupa dan tidak sempat untuk menghantar kereta untuk servis berkala.


Aplikasi telefon pintar POMEN, iaitu ekosistem bantuan 24 jam/7 hari seminggu ialah solusi untuk para pemandu mendapatkan bantuan dan tempahan dengan bengkel kereta yang berdekatan.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Setelah dua tahun beroperasi sejak 2019, POMEN kini telah dimuat turun oleh lebih 20,000 pengguna telefon pintar. 

 


“Kami dapati selepas PKP1 pada Mac 2020, muat turun aplikasi POMEN meningkat sehingga 50 peratus. Ramai yang mengambil kesempatan untuk melakukan servis seperti penukaran bateri dan minyak enjin di rumah apabila kereta tidak digunakan pada masa yang agak lama. 

 

Dengan aplikasi POMEN, pengguna hanya perlu membuat tempahan mengikut masa kesesuaian sendiri. 

 

‘Convenience is the key!’, orang ramai lebih mementingkan kemudahan dan keselamatan pada musim PKP” kata Ketua Pegawai Eksekutif POMEN Autodata Sdn Bhd Syed Zulhilmi Tuan Sharif.


 

 

Sehingga kini, terdapat lebih 600 bengkel berdaftar di dalam aplikasi POMEN yang bertumpu di sekitar Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, serta beberapa bandar-bandar besar. 

 


Antara servis yang ditawarkan termasuklah perkhidmatan servis kenderaan, penukaran bateri atau jump-start, penukaran tayar serta kerosakan kenderaan.

 

 

Jaminan yang diberikan termasuklah mendapatkan perkhidmatan jejak masa nyata, harga telus serta keahlian percuma bagi mengelakkan sebarang insiden penipuan oleh bengkel yang tidak bertauliah. 


 

 

Dengan penambaikan versi baru aplikasi POMEN pada Mac 2021, pihak nya juga telah bekerjasama dengan PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia dimana rangkaian bengkel PETRONAS AutoExpert yang mempunyai sembilan(9) cawangan di Lembah Klang turut menyertai senarai utama operasi bengkel berdaftar aplikasi POMEN.

 

POMEN juga adalah merupakan penerima dana CIP Ignite (II) dari Cradle dan salah satu pemenang PETRONAS FutureTech Accelerator Programme. 

 

Aplikasi POMEN boleh dimuat turun secara percuma di platform Google Play Store Apple App Store atau secara terus di https://download.pomenapp.com