12 lelaki ditahan disyaki terlibat bakar mercun, halang lalu lintas

oleh Penyumbang Rencana|
Polis menahan 12 lelaki kerana disyaki terlibat dalam kejadian membakar mercun di atas jalan raya sambil menghalang lalu lintas di sekitar Kayu Ara, Petaling Jaya, seperti yang tular di media sosial pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua suspek yang berusia antara 22 hingga 68 tahun itu ditahan di Kampung Sungai Kayu Ara pada malam semalam.

Beliau berkata, kesemua lelaki itu ditahan setelah polis mengesan video berdurasi 22 saat yang memaparkan kejadian itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Video berkenaan turut memaparkan beberapa konvoi motosikal mengiringi sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire putih yang menggantung lambang berunsur 'gangsterisme.'

"Hasil siasatan awal mendapati, hantaran tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun Media Hutan di Facebook pada 2 petang semalam. Kejadian dipercayai berlaku di Kayu Ara, Petaling Jaya pada tarikh dan masa yang belum dipastikan lagi," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih dan kes disiasat di bawah Seksyen 7(a) Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
"Empat skuter elektrik diserahkan untuk kegunaan pasukan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2,…
Berita Domestik
"Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak…
Informasi
Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi…