11 Perkara yang anda tidak tahu pasal Golf

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Generasi pertama Volkswagen Golf (Golf Mk1) merupakan titik permulaan penting transisi Volkswagen daripada kereta berpacuan roda belakang dan enjin sejukan udara kepada kereta pacuan roda hadapan dan enjin sejukan cecair. 

Secara tidak langsung, ia sebenarnya merupakan pengganti sebenar kepada kereta penumpang ikonik Volkswagen Beetle dengan rekaan luaran disumbangkan oleh Giorgetto Giugiaro dari ItalDesign. 

Jom kita imbas kembali sejarah yang pernah dicatatkan oleh generasi hot hatch VW ini. 

 

1. Sebuah Golf terjual setiap 41 saat!


Semenjak kilang Wolfsburg memulakan produksi Golf pada 29 Mac 1974, Volkswagen berjaya menjual kira-kira 35 juta unit Golf di seluruh dunia. 

Ia menjadikan Gold antara kereta Eropah yang paling laris dengan kiraan sebuah unit terjual dalam setiap 41 saat setiap hari sejak dari 45 tahun lalu. 

 

2. Nama Golf bukanlah berasal dari sukan golf


Volkswagen mempunyai tradisi penamaan model kenderaan yang diinspirasikan daripada nama-nama angin, seperti Vento (angin), Scirocco (angin Mediterranean), Jetta (aliran jet) dan Passat (fenomena trade wind).

Ramai yang percaya Golf mendapat namanya daripada Gulf Stream, akan tetapi ia sebenarnya salah.

Nama asal Golf sebenarnya daripada nama sebuah kuda jenis Hanover gelding yang dimiliki oleh Hans-Joachim Zimmermann, bekas Ketua Unit Pembelian Volkswagen. 

Menurut Hans, nama Golf tersebut dipilih kerana ia bertaraf tinggi, elegan dan tahap kebolehpercayaan. 

 

3. Golf sebenarnya ada nama lain


Nama Golf tidaklah digunakan secara meluas memandangkan ia juga dikenali dengan nama tersendiri untuk sesetengah pasaran. 

Jika di Amerika, VW Golf lebih dikenali dengan nama Rabbit, lain pula halnya di selatan Mexico apabila Golf mendapat nama Caribe - membawa maksud Piranha..

Err..

 

4. Pelbagai varian enjin ditawarkan


Tidak seperti di Malaysia yang hanya menerima penawaran enjin petrol, Golf untuk pasaran global terdapat dalam pelbagai jenis trenkuasa seperti diesel, hibrid, elektrik malah enjin berkuasa LPG juga turut tersenarai.

 

5. Golf ada di mana-mana segmen


Daripada kereta hatchback untuk kegunaan seharian, sehinggalah kepada versi hot hatch, terdapat kira-kira 16 buah Golf yang berbeza ditawarkan kepada para pengguna seluruh dunia. 

Jangan tidak tahu, terdapat juga Golf versi wagon digelar sebagai Golf Variant, dan juga MPV Golf Sportvan!

 

6. Golf mempunyai lima tempat kelahiran


Terdapat lima kilang pemasangan Golf di seluruh dunia di mana ia terletak di Jerman, Brazil, China dan Mexico. 

Unit Golf yang ada di Malaysia datangnya dari HQ Volkswagen yang terletak di Wolfsburg. 

 

7. Tiga edisi khas Golf bersama band rock


Tidak banyak jenama kenderaan yang mampu bekerjasama dengan band rock terkenal, namun ianya tidak mustahil bagi Volkswagen. 

Tiga unit Volkswagen Golf edisi Pink Floyd, The Rolling Stones dan Bon Jovi dilancarkan dengan penampilan rim aloi, lencana setiap kumpulan pada bahagian belakang serta kemasan dalaman yang serba menarik. 

 

8. Sentuhan wanita pada Golf


Tahukah anda, insan yang bertanggungjawab memperkenalkan rekaan bola golf pada tombol gear dan rekaan pattern Tartan pada Golf GTi adalah seorang wanita?

Gunhild Liljequist merupakan wanita pertama yang bekerja untuk Volkswagen Design ketika mula bekerja pada 1962. 

Rekaan tartan mula diperlihatkan pada Golf GTI Mk1 dan lebih dikenali dengan nama Clarke Plaid. 
 

9. Golf R terima sambutan menggalakkan


Sebagai sebuah model one-off (dengan unit penghasilan yang terhad), Volkswagen ingin mempamerkan teknologi terkini serta enjin berkuasa yang mereka ada pada R32 Mk4. 

Golf R32 hadir dengan enjin VR6 (238 bhp/320 Nm) yang memacu empat roda 4motion dan merupakan kereta produksi pertama yang menggunakan transmisi DSG.

Namun, respons yang diterima amat menggalakkan sehinggakan Volkswagen membuat keputusan untuk meneruskan produksi hot hatch ini. 

 

10. Golf GTI sebenarnya tiada dalam perancangan!


Sebagai sebuah kereta keluarga yang menggantikan peranan Beetle, VW tiada sebarang perancangan langsung bagi menghasilkan Golf versi pantas. 

GTI hanya bermula sebagai projek sampingan yang dibuat oleh sekumpulan jurutera Volkswagen yang mahukan sebuah Golf berprestasi. 

Setelah pelbagai usaha dibuat, Sport Golf berjaya menambat hati pihak atasan dan Volkswagen hanya mensasarkan penjualan sebanyak 5,000 unit sahaja Golf GTI Mk1.

Namun, permintaan terhadap hot hatch tersebut terus meningkat naik dan ia menjadi sebahagian daripada sejarah GTI sehingga kini. 
 

11. Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-45, Volkswagen Golf!


Sedar tak sedar, sebenarnya sudah 45 tahun usia Volkswagen Golf semenjak unit pertama keluar dari kilang Wolfsburg pada tahun 1974. 

Dan generasi kelapan Golf pula dikatakan bakal membuat kemunculan rasmi bersempena acara Frankurt Motor Show yang dijangka berlangsung bulan September nanti. 

Tidak sabar untuk melihat apakah pembaharuan yang bakal dibawakan oleh Golf Mk8 kali ini. 

Sebelum terlupa, dari Careta, kami ingin mengucapkan, Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-45, Volkswagen Golf!

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…