1,000 unit GR Yaris habis terjual di Australia dalam masa 6 hari sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada terpaksa berebut dengan para peminat Honda Civic Type R Limited Edition yang ditawarkan sebanyak 19 unit sahaja, sebuah lagi hot hatch yang masuk di pasaran Australia turut laku keras.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, menurut Toyota, kesemua 1,000 unit GR Yaris yang dijangkakan mengambil masa 18 bulan untuk dijual habis stok dalam tempoh enam hari sahaja!

Disebabkan itu, Toyota Australia terpaksa menutup seketika tempahan di laman web, walaupun sesetengah pengedar masih lagi menerima wang deposit untuk mereka yang tidak sempat menyambar unit masing-masing.

Harga jualan juga memainkan peranan penting, di mana unit GR Yaris dijual bermula dari AUD$39,950 (RM118 ribu) selepas diskaun sebanyak $14,000 (RM41 ribu)!

 


GR Yaris disifatkan sebagai kereta produksi dengan enjin tiga silinder paling berkuasa di dunia, di mana enjin 1.6 liter G16E-GTS itu mampu menghasilkan 272 PS dan 370 Nm.

Transmisi pula adalah standard manual enam nisbah kelajuan, dan kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan semua roda GR-Four yang menampilkan differential mekanikal Torsen.

Jika anda masih ingat, sebelum ini kami pernah melaporkan bahawa UMW Toyota bakal membawa masuk unit GR Yaris ini untuk pasaran Malaysia.

Harga jualan dianggarkan mampu menyaingi Honda Civic Type R FK8 yang turut rasmi dijual di pasaran Malaysia.

Sumber: CarAdvice AU

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermula dari Toyota GR Supra, ia kemudian disusuli dengan Toyota GR Yaris, GR86, serta hot hatch…
Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…