10 kesilapan yang kerap dilakukan oleh pemandu UK pasca PKP

oleh Mohamad Hanif|
Majoriti pemandu di United Kingdom secara purata memandu sejauh lebih 11,000 kilometer setahun atau 938 kilometer dalam masa sebulan, menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan UK.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun kesan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan menyebabkan sebahagian besar daripada mereka menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri di atas jalan raya.

Ini kerana sepanjang tempoh kawalan pergerakan dilaksanakan, kebanyakan pemandu hanya memandu sejauh 144 kilometer sahaja, dan 30 peratus lagi sekadar memandu dalam lingkungan 40 kilometer sahaja.

Dengan jarak yang minimum itu, 18 peratus daripada koresponden yang ditemui oleh Hyundai mengakui sukar untuk menyesuaikan diri di belakang stereng.

Daripada jumlah 18 peratus tersebut, seramai 28 peratus mengalami masalah kenderaan berhenti di tengah jalan, 21 peratus pula tergeser tayar pada bahu jalan dan lebih satu daripada lima pemandu lupa untuk memberikan isyarat.

Malah, empat daripada 10 pemandu menyatakan mereka tidak pernah melawat stesen minyak dalam masa 28 hari, dan 12 peratus daripadanya sudah pun lupa kedudukan penutup tangki bahan api (atau slot pengecasan) pada kenderaan masing-masing.

 


Kajian yang dijalankan oleh Hyundai ini turut mendedahkan hampir separuh (48 peratus) daripada koresponden percaya tahap pemanduan pengguna jalan raya menjadi lebih teruk selepas peraturan pergerakan diringankan oleh kerajaan.

Berikut merupakan 10 kesilapan yang kerap dilakukan oleh pemandu UK selepas perintah kawalan pergerakan diringankan.

1. Kenderaan terhenti di tengah jalan
2. Sukar untuk melakukan parkir selari (parallel parking)
3. Lupa memberikan isyarat
4. Tergesel tayar pada bahu jalan
5. Lupa fungsi setiap pedal (!)
6. Tidak memeriksa cermin sisi sebelum bergerak
7. Lupa kedudukan penutup tangki bahan api pada kereta
8. Lupa untuk memutarkan kunci untuk menghidupkan enjin kereta
9. Tidak menutup pintu dengan sempurna
10. Tidak memakai tali pinggang keledar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak…
Hezeri Samsuri
Seperti biasa, tidak ada sesiapa muncul dengan kajian lengkap dengan data-data kukuh untuk membantu…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 5.35 petang itu melibatkan sebuah ambulans…