Zeekr X dilancarkan - 560 km jarak gerak, 2 pilihan kuasa, RM122k di China

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Jenama EV premium di bawah Geely, Zeekr telah menambahkan lagi model dalam barisan kenderaan elektrik mereka melalui pelancaran Zeekr X.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Zeekr X mempunyai dimensi dengan ukuran panjang 4,450 mm, lebar 1,836 mm, tinggi 1,572 mm dan jarak antara roda sepanjang 2,750 mm.

 

2

 

Sebagai perbandingan, Zeekr X 180 mm lebih panjang, 14 mm lebih lebar dan 64 mm lebih rendah berbanding Smart #1 walaupun memiliki panjang jarak antara roda yang sama.

Selain saiz, Zeekr X berkongsi banyak persamaan dengan Smart #1, dimana ia menggunakan platform seni bina SEA yang sama.

 

3

 

Motor elektrik dan bateri kedua model itu juga dibuat oleh pengeluar yang sama iaitu VREMT (Viridi E-Mobility Technology), sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Geely.

Dari segi kuasa, Zeekr X ditawarkan dengan dua pilihan, dimana pilihan terendah dikuasakan oleh motor elektrik tunggal pada roda belakang (RWD) yang menghasilkan 272 HP.

 

4

 

Manakala pilihan tertinggi dikuasakan oleh dua motor elektrik yang menjadikannya pacuan semua roda (AWD), menghasilkan sehingga 428 HP.

Kedua-dua varian dilengkapi dengan pek bateri ternary (NMC), dimana varian RWD mampu memberikan jarak gerak sehingga 560 km, manakala varian AWD memberikan jarak gerak sedikit rendah iaitu 512 km.

 

5

 

Pada bahagian dalaman, Zeekr X ditawarkan dengan pilihan 5 atau 4 tempat duduk, selain mempunyai skrin utama terapung 14.6 inci yang boleh bergerak ke arah penumpang, serta pengecas telefon tanpa wayar dan penukar gear di belakang stereng.

Untuk pasaran China, Zeekr X ditawarkan dengan 3 pilihan trim, iaitu:

  • Zeekr X ME RWD / CNY189,800 (RM122,407)
  • Zeekr X YOU 5-seater AWD / CNY209,800 (RM135,305)
  • Zeekr X YOU 4-seater RWD / CNY209,800 (RM135,305)

 

6

 

Untuk varian Zeekr X YOU 5-seater AWD, ia didatangkan standard dengan pemanas stereng dan sistem bunyi Yamaha, serta pilihan tambahan pintu automatik dan skrin pada B-pillar.

Untuk varian Zeekr X YOU 4-seater RWD, ia dilengkapi susunan 4 tempat duduk, ia turut ditawarkan dengan pilihan tambahan sistem AWD serta pintu automatik dan skrin pada B-pillar, varian ini juga ditawarkan dengan “Cloud Zero Gravity Seats”.

 

6

 

Zeekr X ditawarkan dengan 6 pilihan warna iaitu Berlin Metallic Gray, Hangzhou Green, California Sunglow Pink, Athens Cloud White, Paris Cream Beige dan Sydney Harbour Blue.

Pada bahagian dalam, ia boleh didapati dalam tiga warna untuk versi empat tempat duduk iaitu Biru-Putih, Biru Hijau, Hitam-Kelabu. Versi lima tempat duduk pula dilengkapi warna ungu.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
EV sedan pertama Volkswagen itu bakal menjadi menjadi saingan kepada jenama Tesla Model 3 dan…
Berita Global
Diperlihatkan pada acara Auto Shanghai 2023, WEY Gaoshan dilihat bakal memberikan saingan rapat…
Berita Global
SUV baharu ini didatangkan dengan nadi 1.5 liter aspirasi natural yang dipadankan dengan sistem…