SUV baharu ini didatangkan dengan nadi 1.5 liter aspirasi natural yang dipadankan dengan sistem plug-in hybrid (PHEV) yang terdiri daripada dua motor elektrik, transmisi dua nibah kelajuan (DHT), pek bateri 19.27 kWh dan siste pacuan semua roda pintar Hi4.
Secara keseluruhan ia mampu menjana 274 hp dan daya kilas 585 Nm!
Satu ciri yang unik pada SUV ini ialah nisbah pembahagian berat badan 50:50 yang bukan sahaja menawarkan keseimbangan yang lebih baik, ia juga menawarkan tahap penjimatan bahan api yang ekonomikal.
Dengan bantuan pek bateri 19.27 kWh itu tadi, Fierce Dragon Max ini mampu bergerak sejauh 83 km tanpa menggunakan setitik bahan api.
Tahap penggunaan minyak pula hanyalah sekitar 1.78 liter untuk setiap 100 km.
SUV ini turut menyokong sistem pengecasan pantas DC di mana bateri boleh dicas 30 hingga 80 peratus dalam masa 30 minit sahaja.
Antara ciri lain yang dimuatkan termasuklah tetapan tiga skrin pada papan pemuka (skrin digital 12.3 inci + skrin tengah 12.3 inci + skrin tambahan 12.3 inci), konsol tengah yang agak tinggi, serta ciri keselamatan termasuklah brek kecemasan autonomi, kawalan jelajah adaptif, kamera 360 darjah serta sistem pemantauan titik buta.
Harga jualan di pasaran China dianggarkan bermula sekitar RMB 175,000 (sekitar RM113 ribu).