Yinson jalin kerjasama dengan GreenTech untuk percepat luaskan rangkaian pengecaj EV

oleh HEZERI SAMSURI|

Yinson Green Technologies (M) Sdn Bhd telah mengumumkan satu pelan kerjasama dengan GreenTech Malaysia Alliances Sdn Bhd untuk mempercepatkan lagi pembangunan prasarana pusat mengecaj kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Syarikat yang berasal dari Johor Bahru itu akan memegang majoriti saham di dalam usahasama itu untuk mewujudkan rangkaian stesen mengecaj EV di seluruh negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perancangan itu adalah termasuk di dalam rangkaian ChargeEV, sebuah projek di bawah inisiatif GreenTech yang bakal melihat 400 stesen mengecaj terbina di Malaysia.

Projek terbaharu ini akan menggunakan pengalaman Yinson di dalam bidang logistik, pentadbiran mapan, pembangunan teknologi dan sinergi dari kepelbagaian perniagaan kumpulan Yinson.

Yinson sebelum ini giat melabur di dalam usaha teknologi e-mobiliti, kenderaan autonomi dan kapal pelabuhan bertenaga elektrik.

Perancangan untuk pembinaan stesen penegcaj di Malaysia dipelopori oleh GreenTech Malaysia, sebuah agensi di bawah MESTECC.

Projek itu bermula enam tahun lepas dengan pembinaan stesen pengecaj di stesen Petronas dan di beberapa lokasi lain. Projek itu masih berjalan dan stesen-stesen itu kebanyakannya masih lagi berfungsi.

Kerajaan Malaysia dikatakan bakal mengumumkan pelan pembangunan EV negara dalam masa terdekat ini, dengan pelbagai insentif untuk pengguna, syarikat pengeluar EV dan juga pemilik bangunan yang mahu memasang pengecaj EV.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Berita Global
Bayangkan EV anda cuma ada 30km jarak gerak dan rumah anda terletak 40km lagi. Harapan anda untuk…
Berita Global
Proses itu menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik dan bila ia mahu mengecaj sebuah EV,…