Enjin yang digunakan tidak mempunyai gear kaki dan penunggang cilik hanya perlu memulas pendikit bagi mengerakkannya secara automatik.
Kaki bagaimanapun masih perlu digunakan untuk menghidupkan enjin. Selain itu, ibu bapa perlu risau tak bila anak kecil meluru laju?
Bagi mengelakkannya dari berlaku, Yamaha memasang skru pada bahagian pendikit untuk ibu bapa menghadkan kelajuan atau pulasan tangan kanak-kanak.
Lagi kelebihan motosikal ini ialah ia digerakkan menggunakan aci (shaft) tertutup. Tanpa rantai dan gegancu (sprocket) bermakna tidak perlu diminyakkan atau diketatkan.
Memandangkan PW50 adalah motosikal dua lejang, Yamaha telah siap mengasingkan tangki untuk minyak 2T di hadapan pemegang motosikal.
Menurut Yamaha lagi, pemegang PW50 direka dengan bentuk seperti basikal. Brek belakang di bahagian tangan kiri manakala brek depan di tangan kanan.
Dari segi saiz, ketinggian tempat duduk hanya 475mm atau sekitar 1.5 kaki dengan kelegaan bumi 95mm.
Dimensi keseluruhan ialah 1,245mm (p), 610mm (l), 705mm (t) dengan berat 41kg.
Tayar yang digunakan ialah jenis 2.50-10 untuk bahagian depan dan belakang. Brek pula jenis gelendong pada kedua-dua roda depan dan belakang.
Walaupun PW50 sebuah motosikal kecil, ia berada di dalam kategori luar jalan raya (off road) dan membawa pengaruh gaya motosikal siri YZ yang lebih besar.
Berapakah pula harga Yamaha PW50? Mengikut semakan di laman web Yamaha Jepun, motosikal ini dijual pada 176,000 yen atau bersamaan RM7,109.26.
Kesimpulannya, motosikal ini memang comel!
Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Yamaha