Yamaha Tricity 155 ABS dan Tricity 125 2024 untuk Jepun, warna hijau lembut dengan falsafah mendalam

oleh Muhammad Md Tajudin|
Yamaha Tricity 155 ABS Matte Light Green Gray Metallic
Yamaha Tricity 155 ABS Matte Light Green Gray Metallic
Skuter yang mempunyai tiga roda sudah lama di pasaran. Yamaha kental menawarkannya melalui Tricity 300, 155 dan 125.

Teknologi dua roda di depan dipanggil Leaning Multi Wheel atau LMW yang membolehkan roda ikut condong bersama motosikal.

Skuter begini nampak unik dan mempunyai kelompok peminat tersendiri. 

Terbaru Yamaha memperkenalkan Tricity 155 ABS dan Tricity 125 versi 2024 untuk pasaran Jepun dan ditawarkan secara rasmi pada 11 April.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic 2024
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic

 

Model 2024 tampil dengan warna baharu hijau lembut, Matte Light Green Gray Metallic. 

Menurut Yamaha, warna itu berdasarkan konsep kedalaman fikiran dalam kesenyapan.

Tona warna mengingatkan kepada falsafah wabi-sabi Jepun (kecantikan asli/penerimaan sifat).

Warna itu dipilih kerana sebati dengan kehidupan harian dan boleh diterima di dalam pelbagai jenis keadaan. 

Yamaha Tricity 155 ABS White Metallic
Yamaha Tricity 155 ABS White Metallic 

 

Begitulah falsafah Jepun walaupun untuk sebuah skuter.

Dua warna sedia ada iaitu Putih Metalik dan Kelabu Kusam Metalik kekal ditawarkan.

Seperti biasa, Yamaha mencukupkan siri skuter dengan dua jenis enjin iaitu 155cc dan 125cc.

Tricity 155 ABS boleh dipandu di lebuh raya dan digunakan untuk ke tempat kerja, sekolah dan tunggangan hujung minggu.

Yamaha Tricity 155 ABS Matte Gray Metallic
Yamaha Tricity 155 ABS Matte Gray Metallic

 

Tricity 155 ABS digerakkan enjin 155cc SOHC, silinder tunggal yang menghasilkan 15 ps pada 8,000 rpm dan tork 14Nm pada 6,000 rpm.

Tangki petrol untuk tunggangan hujung minggu mempunyai kapasiti 7.2 liter.

Tricity 125 dibekalkan tangki sama dan digerakkan enjin 124cc SOHC, silinder tunggal dengan kuasa 12 ps pada 8,000 rpm dan tork 11Nm pada 6,000 rpm.

Kedua-dua jenis enjin menggunakan teknologi Blue Core, VVA dan dilengkapi Smart Motor Generator (SMG) dan Sistem Henti & Mula.

Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic

 

Tricity 155 dan 125 berkongsi ukuran dengan panjang 1,995 milimeter (mm), lebar 750 mm dan tinggi 1,215 mm.

Tinggi pelana 770 mm membolehkan pelbagai fizikal badan memandunya dengan jarak kelegaan bumi 165 mm.

Walaupun berkongsi ukuran, Tricity 155 bertambah empat kilogram (kg) daripada 168 kg yang dimiliki Tricity 125.

Tiga roda bermakna tiga brek cakera dan perhatikan kedudukan cakera yang diletakkan pada sisi dalam roda depan.

Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic 2024
Yamaha Tricity 155 Matte Light Green Gray Metallic

 

Sesuai dengan perkembangan semasa, Tricity dilengkapi Sistem Kunci Pintar dan seperti model Yamaha lain boleh dihubungkan dengan aplikasi Y-Connect.

Dari segi kebolehgunaan, muatan bawah pelana mempunyai ruang 23.5 liter dan Tricity 155 ABS istimewa dengan lampu LED dan jack DC 12V.

Berkenaan harga, Tricity 155 ABS dijual pada 565,500 yen (RM17,947) dan 495,500 yen (RM15,725) untuk Tricity 125.

Skuter LMW ini dibuat dan diimport dari negara jiran, Thailand.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Yamaha Tricity 125 White Metallic
Yamaha Tricity 125 White Metallic