UMW Toyota capai angka jualan 8,669 unit Jun 2023

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor terus mengukuhkan kedudukan di dalam pasaran dengan angka jualan sebanyak 8,669 unit (Toyota 8,559 unit, Lexus 110 unit) sepanjang tempoh Jun 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Angka tersebut mengatasi rekod yang dicatatkan sepanjang Mei 2023 (8,004 unit), sementara untuk tempoh Januari-Jun UMW Toyota telah mencapai angka 48,659 unit, atau peningkatan sebanyak 6.0 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas (45,911 unit).

Sorotan utama untuk bulan Jun ialah pengenalan model crossover serba baharu Toyota Innova Zenix yang boleh didapati dengan enjin petrol dan varian hibrid elektrik (HEV).

Pelancaran model terbaharu itu menandakan komitmen UMW Toyota dalam usaha untuk mencapai neutral karbon dan masa depan yang lebih lestari.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K, "di UMW Toyota, kami sentiasa berusaha untuk mengembangkan batasan teknologi dan merevolusionarikan ekosistem mobiliti.

"Pelancaran maya Toyota Zenix melambangkan usaha berterusan kami untuk menempuh era baharu inovasi, dan dalam masa yang sama kami terus menggerakkan orang ramai dan meningkatkan gaya hidup mereka," ujarnya.

Baca: Toyota Innova Zenix 2023 - dua varian, dari RM165,000


Sepanjang bulan Julai ini, UMW Toyota menawarkan promosi menarik, di mana pembeli Toyota Yaris boleh menikmati bayaran ansuran bulanan serendah RM628**, berserta promosi tambahan bernilai RM5,490*.

Toyota Vios baharu boleh dibawa pulang dengan bulanan serendah RM688**, sementara Toyota Innova Zenix pula bermula serendah RM1,476/bulan**, atau RM1,807/bulan** untuk model Zenix Hybrid.

Selain daripada itu, UMW Toyota Motor turut mengumumkan kemunculan semula acara GR GT Cup Malaysia musim keenam yang akan berlangsung pada 15 Julai ini, dengan menawarkan hadiah bernilai sehingga RM90,000.

Pusingan akhir GR GT Cup akan berlangsung pada 19 dan 20 Ogos 2023.

**tertakluk kepada pembiayaan yang ditawarkan oleh bank terpilih
*tertakluk kepada terma dan syarat

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sesuai dengan namanya, Yaris G Limited hanya akan ditawarkan sebanyak 600 unit terhad sahaja dengan…
Model Terbaharu
Kehadiran Hiace SLWB sekaligus menjadi tambahan baharu kepada rangkaian model Hiace yang menjadi…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…