Tunggang motosikal Modenas Kriss hampir 2 bulan untuk sampai Mekah

oleh Penyumbang Rencana|
Muhammad Aidil Nursulhi bersama motosikal yang dinaiki
Tindakan seorang remaja lelaki dipercayai bertolak ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah dengan hanya menaiki motosikal mendapat perhatian ramai orang.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Aimpro Samudra, pemuda bernama Muhammad Aidil Nursulhi, 19 tahun itu selamat sampai di Tanah Suci dengan menunggang motosikal jenis Modenas Kriss 110.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, ekspedisi itu mengambil masa dua bulan dan Aidil telah memulakan perjalanannya dari Melaka pada 21 Mac 2024 lalu.

Difahamkan, banyak halangan yang perlu ditempuhi olehnya ketika dalam pengembaraan, namun dia tekad untuk meneruskan destinasinya ke Mekah.

Terdahulu, Aidil pernah mengelilingi dunia bersama bapanya, Aimpro Samudra dengan menaiki kereta jenis Perodua Kelisa dan kejayaannya kini sangat membanggakan bapanya.

“Alhamdulillah, abah sendiri pun belum sampai. Syukur, ini semua dengan keizinan daripada Allah dan berkat doa semua,” ujar bapanya.

Rata-rata pengguna media sosial menzahirkan rasa kagum di atas kesungguhan remaja itu.

- Syabas dan tahniah, usaha tangga kejayaan -

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tetapi, motosikal juga merupakan kenderaan yang paling terdedah pada bahaya tidak kira apa faktor…
Informasi
  “Ia berikutan terdapat segelintir ibu bapa mahupun penjaga masih memandang remeh akan…
Berita Domestik
  Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Bandar PPj, Mohd Ali Jusoh berkata, semua…