Tetapi, motosikal juga merupakan kenderaan yang paling terdedah pada bahaya tidak kira apa faktor kerana ia boleh berpunca dari kecuaian penunggang ataupun pengguna jalan raya yang lain.
Menurut Bernama, dari 2010 hingga 2019, motosikal merekodkan peratusan kematian tertinggi dalam kemalangan jalan raya, mencecah 59 peratus.
Data terkini dari 2021 hingga Ogos 2023 juga menunjukkan penunggang motosikal masih menjadi mangsa utama, tidak kira sama ada kemalangan itu berpunca daripada penunggang atau sebaliknya.
Pengurus Pasukan Pro-R MIROS Aizzat Syezwan Amir menjelaskan 80 peratus kemalangan motosikal berlaku oleh kerana tingkah laku pengguna jalan raya.
Beliau turut berkata, kebanyakkan penunggang motosikal tidak berwaspada dan menggunakan teknik yang kurang selamat ketika melakukan tindakan seperti menukar laluan atau mencilok
Melalui kursus yang diperkenalkan oleh MIROS untuk menunggang motosikal dengan selamat, peserta akan didedahkan dengan cara untuk mengawal motosikal, membelok, cara brek dengan betul, dan posisi menunggang.
Selain itu, dalam kursus ini juga MIROS turut mendidik penunggang berkenaan pemeriksaan asas motosikal serta memperkenalkan kategori motosikal dan teknologi yang ada pada motosikal terkini.
Kursus ini juga akan dibahagikan kepada tiga jenis kelas dengan tahap kebolehan yang berbeza yang bermula pada asas, pertengahan dan lanjutan.
Aizzat memberitahu, sejak kursus ini diperkenalkan, ia telah mendapat sambutan yang baik terutama dari syarikat swasta kerana pekerja pada syarikat tersebut memilih motosikal sebagai pengakutan utama.
Beliau turut memberitahu bahawa kursus ini bukan hanya untuk penunggang motosikal sahaja, kerana tujuan utamanya adalah untuk masyarakat mengguna jalan raya dengan selamat.
SUMBER : BernamaTV