Toyota Prius rangkul anugerah Japan Car of the Year 2023-2024

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Prius generasi baharu telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Japan Car of The Year (JCOTY) 2023-2024 daripada 10 calon kereta terbaik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada itu, JCOTY telah memilih keicar Mitsubishi Delica Mini untuk memenangi anugerah Design Car of The Year, sementara Nissan Serena pula terpilih sebagai Technology Car of The Year.
 

JCOTY


SAV BMW X1 pula telah merangkul gelaran Import Car of The Year.

Enam lagi kereta terbaik termasuklah Subaru Crosstrek, Toyota Alphard/Vellfire, Honda ZR-V, Abarth 500e, Maserati Grecale dan Volkswagen ID.4.
 

Prius


Untuk penganjuran yang ke-44, JCOTY telah menyenaraikan sebanyak 34 buah calon kenderaan domestik dan import, di mana 10 kereta terbaik telah dipilih menerusi undian oleh jawatankuasa pemilihan seramai 60 orang yang terdiri daripada pengkritik, wartawan dan pakar industri.

Selain daripada itu, Persatuan Pengeluar Kereta Jepun (JAMA) telah dianugerahkan Japan Car of the Year Executive Committee Special Award di atas penganjuran acara pameran Japan Mobility Show 2023 yang telah menarik seramai 1.11 juta pengunjung.

Sumber: Car Watch JP