Sebagai meraikan kejayaan tersebut, Toyota ingin menawarkan enam unit terhad GR Supra GT4 50 Edition di mana '50 Edition' diambil bersempena dengan kejayaan Toyota menjual sebanyak 50 unit jentera GR Supra GT4, dengan penyertaan lebih daripada 250 perlumbaan, berjaya meraih 36 kemenangan dalam kelas tersendiri, serta 78 podium.
Antaranya ciri unik yang ada termasuklah layangan warna merah khas dengan liveri emas, tempat duduk perlumbaan dengan sulaman GR Supra GT4, tempat duduk penumpang sebagai ciri standard, logo 50 Edition dan plak bernombor yang dipasangkan pada papan pemuka gentian karbon.
Biarpun dengan penambahan yang disebutkan tadi, harga jualan GR Supra GT4 tidak berubah, bermula dari €175,000 (RM811,621).
Dari segi penawaran asal, GR Supra GT4 didatangkan dengan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter menghasilkan 421 hp, sistem transmisi automatik, serta peralatan tipikal jentera lumba seperti spoiler depan dan belakang, papan pemuka gentian karbon penuh, dan sangkar keselamatan berkekuatan tinggi.
Menurut Toyota, mereka akan meneruskan pembangunan dan produksi bagi model GR Supra GT4 dan dalam masa yang sama memberikan sokongan kepada para pemilik sedia ada.
Baca: Toyota GR Supra GT4 2020