Toyota bakal kurangkan 40 peratus pengeluaran global September ini

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Motor Corp dalam satu kenyataan mengumumkan mereka akan mengurangkan angka output global sebanyak 40 peratus daripada perancangan asal disebabkan krisis kekurangan bekalan cip di peringkat global.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Walau bagaimanapun, Toyota masih lagi mengekalkan sasaran produksi tahunan sebanyak 9.3 juta kenderaan serta sasaran penjualan sebanyak 8.7 juta untuk tahun ini.

Syarikat automotif terbesar di dunia itu menjangkakan kehilangan output sebanyak 360,000 unit pada bulan September ini, di mana 140,000 unit daripadanya dari kilang pemasangan di Jepun dan selebihnya dari kilang di Amerika Syarikat, China, Eropah, serta beberapa negara Asia yang lain.

Beberapa pengeluar automotif di dunia mula mengehadkan kembali angka produksi disebabkan masalah kekurangan bekalan mikrocip, ditambah pula dengan peningkatan jumlah kes COVID-19 di Jepun, Filipina, Thailand, Vietnam dan Malaysia.

Toyota sebelum ini berjaya mengelakkan masalah kekurangan bekalan cip dengan menyimpan stok bekalan cip semikonduktor untuk tempoh dua hingga enam bulan.

Berdasarkan laporan terdahulu daripada Reuters, cara ini membolehkan Toyota untuk terus mengekalkan aktiviti pemasangan kenderaan dan satu-satunya pengeluar yang tidak terjejas teruk dengan krisis ini.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sejak diperkenal di Australia pada 2020, sebanyak 2,591 buah GR Yaris terjual termasuk 1,001…
Berita Global
Tidak seperti kebanyakkan jenama lain yang ke arah elektrifikasi atau tenaga baharu, Subaru kini…
Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…