Krisis kekurangan cip semikonduktor - Toyota rupanya simpan stok bekalan sehingga enam bulan!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah bencana yang mengakibatkan gangguan terhadap rantaian bekalan Toyota pada 11 Mac 2011, pengeluar automotif terbesar di dunia itu menyedari masa yang diambil untuk pulih sepenuhnya adalah terlalu lama.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Oleh sebab itu, Toyota hadir dengan perancangan kesinambungan perniagaan (BCP) yang memerlukan pembekal untuk menyimpan stok bekalan cip semikonduktor untuk tempoh dua hingga enam bulan untuk syarikat tersebut.

Menurut laporan daripada Reuters, dengan cara ini Toyota merupakan satu-satunya pengeluar automotif yang tidak terjejas dengan krisis kekurangan bekalan cip semikonduktor di peringkat global.

Empat sumber memberitahu Reuters, masalah kekurangan cip yang dimaksudkan merupakan unit pengawal mikro (MCU) yang bertanggungjawab mengawal pelbagai fungsi dalam kenderaan seperti brek, pecutan, stereng, pencucuhan, pembakaran, tekanan tayar, dan penderia hujan.

Bulan lalu, Toyota memberikan 'kejutan' kepada pesaing dan pelabur apabila mengesahkan output mereka tidak terjejas akibat masalah kekurangan bekalan semikonduktor, tidak seperti Volkswagen, GM, Honda dan Stellantis yang terpaksa mengehadkan output produksi buat sementara waktu.

Bencana Fukushima yang terjadi pada tahun 2011 telah mengubah cara Toyota untuk menguruskan perolehan bekalan komponen dan bahan, di mana syarikat Jepun itu telah menyenaraikan lebih daripada 1,200 bahan dan komponen yang mungkin terjejas sekiranya berlaku sesuatu bencana.

Daripada senarai barangan tersebut, Toyota mengutamakan kira-kira 500 item yang memerlukan bekalan stok yang mencukupi, termasuklah bekalan cip yang diperoleh daripada pembekal Renesas Electronics.

Menurut jurucakap Toyota, salah satu tujuan pelaksanaan strategi lean inventories adalah untuk memastikan setiap pihak peka dengan ketidakcekapan dan risiko di dalam rantaian bekalan, mengenalpasti kesulitan yang merugikan dan mencari jalan bagaimana untuk mengelakkan perkara itu daripada berlaku.

"BCP, bagi kami merupakan solusi sandaran klasik," ujar beliau.

Sumber: Reuters

 

Berita Berkenaan

Berita Global
    Berbanding enjin 2.5 liter hibrid (HEV) di AS, Crown Estate pasaran Jepun mempunyai tambahan…
Berita Global
  Nama ini juga mudah disebut berbanding ciptaan baharu yang asing di telinga pengguna. Mungkin…
Berita Global
Bagi jenama gergasi seperti Toyota, sehingga kini mereka dilihat masih memperlahankan rentaknya…