Charm Touch ’N Go edisi Tahun Naga ini merupakan sebuah produk Touch ’N Go dengan sokongan NFC dalam bentuk keychain yang boleh dibuat sebagai salah satu aksesori.
Dengan reka bentuk dan warna merah naga yang membawa jongkong emas Cina itu, ia melambangkan tuah dan kegembiraan, manakala jongkong emas melambangkan kekayaan dan kemakmuran.
Ia mencipta naratif visual tentang rahmat dan ucapan selamat sejahtera, menjadikannya hadiah perayaan yang hebat serta koleksi.
Sama seperti kad Touch 'n Go, ia boleh digunakan untuk pembayaran di tol, transit dan tempat letak kereta, serta pembayaran tanpa tunai.
Tambahan itu, ia juga boleh dipautkan kepada Touch 'n Go eWallet melalui telefon pintar berdaya NFC dan boleh memuatkan semula baki seperti biasa.
Dengan jumlah unit yang terhad, harga jualan bagi produk Touch ’N Go edisi terhad ini adalah RM30.
Ia boleh dibeli di atas talian melalui Shopee rasmi Touch ‘n Go, atau pembelian secara fizikal di Pusat Perkhidmatan dan Jualan Touch ‘n Go di NU Sentral dan Bangsar South.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai produk Touch 'n Go Edisi Tahun Baru Cina ini , boleh layari www.touchngo.com.my