"Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas segera ke lokasi sebaik menerima panggilan dan tiba enam minit kemudian.
"Sampai di lokasi, bomba membuat 'size-up' dan mendapati kebakaran membabitkan tiga van dan lima kereta yang diletakkan di hadapan bengkel berkenaan.
"Siasatan mendapati, hanya lapan kenderaan berkenaan sahaja terbakar 100 peratus manakala bengkel terbabit langsung tidak terbakar," katanya ketika dihubungi.
Hafisham berkata, pasukan mengambil masa satu jam untuk melakukan kerja memadam kebakaran itu menggunakan dua aliran 'hose reel' dan satu aliran air terbuka sehingga padam sepenuhnya.
"Semasa pemilik bengkel tiba di lokasi, api sudah dipadamkan sepenuhnya.
"Kereta dan van tiada cermin hadapan dan tepi serta tiada kusyen (tempat duduk) selain tiada bateri seperti dimaklumkan pemilik bengkel. Dia juga memaklumkan tiada tuntutan dibuat terhadap kenderaan itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi, mengesahkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kebakaran itu jam 6.11 pagi.