JMS 2023: Toyota bawakan empat model konsep van, termasuk projek restomod Hiace klasik!

oleh Mohamad Hanif|
Acara pameran Japan Mobility Show 2023 yang bakal berlangsung pada hujung bulan ini bakal membariskan pelbagai jenis model dari pelbagai pengeluar automotif terutama dari negara Matahari Terbit.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota Auto Body turut tidak ketinggalan untuk memperlihatkan sehingga empat buah model konsep, kesemuanya terdiri daripada van yang direka untuk membawa penumpang dengan selesa.

 

Global Hiace BEV Concept

Hiace


Van Hiace generasi baharu yang kita biasa lihat membawa muatan barangan dan penumpang itu bakal tampil dalam versi elektrik.

Untuk versi BEV Concept ini, ia hanya dibekalkan dengan satu tempat duduk pemandu sahaja, dengan memfokuskan kepada ruang kargo yang agak besar.

Dengan ruang sebesar itu, anda boleh memuatkan barang sepanjang 3.5 meter, dibantu dengan rekaan lantai yang rata untuk memudahkan urusan memunggah dan memuat turun muatan.

Hiace Global BEV Concept juga mempunyai radius putaran sekecil 5.5 meter.

 

Vellfire Spacious Lounge Concept

Ve


Model kedua dinamakan sebagai Vellfire Spacious Lounge Concept.

Demi memberikan ruang yang luas kepada penumpang baris kedua, tempat duduk baris ketiga telah dicabut terus.
 

Vellfie


Ini memberikan ruang kaki tambahan sepanjang 500 mm, selain boleh memuatkan ruang ekstra untuk beg, peti sejuk dan rak menggantung blazer di bahagian belakang.

 

X-Van Gear Concept

Xvan


Sebuah model yang sangat sesuai digunakan untuk aktiviti luar, dengan rupa paras yang mengingatkan kita pada sebuah FJ Cruiser.

X-Van Gear Concept ini membawakan bentuk badan berkotak seakan SUV, namun menawarkan manfaat ruang kabin yang lebih luas seakan sebuah van.
 

Xvan


Ia membawakan ciri seperti pintu gelangsar depan dan belakang, dan bukaan yang besar tanpa kehadiran tiang B di tengah.

Terdapat tiga baris tempat duduk ditawarkan pada van ini dan tempat duduk tengah yang boleh ditukar menjadi sebuah meja, di mana anda boleh menetapkan pelbagai konfigurasi tempat duduk mengikut kesesuaian.
 

Projek restorasi Hiace 1967

Hiace

 

Akhir sekali, Toyota Auto Body membawakan projek restorasi van klasik Hiace 1967 sebagai satu cara untuk membawa pengunjung mengimbau kembali sejarah asal Hiace.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia merupakan sebuah kereta yang sangat cantik pernah dihasilkan oleh Mazda yang mampu memenuhi…
Berita Domestik
Tahun lalu, syarikat automotif nombor satu negara itu mencatat jualan sebanyak 69,011 unit bagi…
Model Terbaharu
Namun Honda dilihat kekal teguh sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kepuasan petrolhead…