Malah ada pemilik yang berkata ia tidak mempunyai masalah tersebut. Namun begitu, agensi Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA) sudah mengumumkan kempen panggil semula (recall) untuk memastikan ia benar-benar tidak berlaku.
Tesla secara rasmi memanggil semula sebanyak 53,820 unit kenderaan untuk menyelesaikan isu tersebut. Kesemua kenderaan itu bagaimanapun tidak perlu untuk ke pusat servis. Perubahan pada perisian itu boleh dilakukan secara atas talian (over-the-air-update) tetapi masih tiada informasi bila ia akan dilakukan.
Menurut InsideEVs.com, ramai yang percaya ia adalah hasil dari keputusan Tesla untuk mengubah ketetapan brek "regenerative" sehingga kenderaan itu berhenti seolah-olah ia menggunakan brek ketika FSD digunakan.
Tesla juga memperkenalkan mod pemanduan untuk FSD - Chill, Average dan Assertive, di mana dua mod terakhir itu memang dinyatakan akan membuat "rolling stop" di papan tanda berhenti - bermakna ia tidak akan berhenti sepenuhnya tetapi memperlahankan kenderaan sambil "melihat keadaan trafik".
*Berita lanjut di insideevs.com