Kerjasama Tesla dan Baidu - Elon buat U-turn? 

oleh HEZERI SAMSURI|
Elon Musk, Ketua Eksekutif Tesla acapkali dilaporkan berkata sistem panduan autonomi Tesla, Full Self-Driving (FSD) tidak memerlukan maklumat peta berdefinisi tinggi.

Musk berkata sistem AI yang mampu "membaca" keadaan lalu lintas semasa adalah cara terbaik untuk FSD. Lebih tepat lagi, Musk berkata menggantung harap terhadap radar jenis Lidar dan peta berdefinisi tinggi adalah cara yang salah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nampaknya Musk terpaksa membuat pusingan U untuk Tesla di China kerana syarikat beliau telah menandatangi perjanjian kerjasama dengan pembuat peta digital Baidu untuk pasaran negara itu.

Menurut perundangan China, mana-mana syarikat kenderaan yang mahu menawarkan sistem seperti FSD perlu mempunyai kelulusan pemetaan, dan ini termasuk kepada pelbagai aplikasi yang berkaitan dengan pemetaan laluan.

Cara kerjasama itu masih belum diumumkan tetapi Tesla sebenarnya sudah menggunakan peta dan sistem navigasi dari Baidu untuk China sejak tahun 2020 lagi.

Baidu sebenarnya ialah sebuah syarikat teknologi seperti Google tetapi ia lebih fokus kepada pasaran China. 

Penggunaan Baidu di negara selain dari China sering diakhiri dengan kekecewaan kerana Baidu masih kurang mampu berfikir secara global.

Artikel lengkap di South China Morning Post.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pembuat kereta elektrik itu telah memanggil semula beberapa kakitangan yang diberhentikan…
Berita Global
Menurut laporan Electrek, pekerja di pembuat kereta itu menerima e-mel pada hujung minggu sebagai…
Berita Global
Dalam perbicaraan tersebut, Tesla Power India Pvt Ltd memberi alasan bahawa perniagaan utama mereka…