Tesla mahu buka kilang pengeluaran EV di Thailand - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Tesla dilapor sedang mencari peluang untuk mendirikan kilang pemasangan kenderaan di Thailand, menurut Perdana Menteri Srettha Thavisin dalam satu kenyataan Khamis lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata demikian selepas lawatan daripada pegawai ekskutif Tesla ke negara tersebut pada minggu lepas untuk menilai potensi pelaburan di sana.

"Saya berusaha keras untuk menghiburkan mereka supaya mereka jatuh cinta dengan Thailand... mereka sedang mencari tanah seluas 2,000 rai (320 hektar)," ujarnya sambil melahirkan keyakinan pengeluar EV tersebut akan melabur di Thailand.

Sektor automotif Thailand telah didominasi oleh pengeluar Jepun termasuklah Toyota, Isuzu dan Honda sejak berdekad lamanya, namun negara itu berazam untuk menukar satu pertiga daripada jumlah produksi tahunan sebanyak 2.5 juta unit kepada EV menjelang 2030.

Negara itu juga kini sedang mempersiapkan insentif untuk menggalakkan lagi pelaburan dan penukaran kepada pengeluaran EV.

Pengecualian cukai dan subsidi yang dibuat oleh kerajaan Thailand telah menarik kehadiran beberapa pengeluar utama China termasuklah BYD dan Great Wall Motor yang komited untuk melabur $1.44 bilion untuk fasiliti pengeluaran baharu di negara tersebut.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Nampaknya Musk terpaksa membuat pusingan U untuk Tesla di China kerana syarikat beliau telah…
Berita Global
Dalam perbicaraan tersebut, Tesla Power India Pvt Ltd memberi alasan bahawa perniagaan utama mereka…
Berita Domestik
Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi…