Subaru XV 2018 - 6 perkara yang kami hendak anda tahu

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bulan Ramadhan lalu, kami diterbangkan ke Taiwan untuk memandu-uji Subaru XV model 2018.

Ia bukanlah sebuah model facelift (ubahsuai), tetapi ia adalah sebuah model FMC (Full Model Change), iaitu model yang benar-benar baharu dari semua segi.

Seperti yang diterangkan di dalam artikel pertama kami, XV generasi kedua ini dibina di atas kerangka Subaru Global Platform yang turut dikongsi oleh Impreza sedan.

Sebenarnya, XV ini boleh dikatakan sebagai varian crossover segmen B untuk Impreza.

XV ini akn dipasang di Segambut seawal Disember nanti dan Motor Image mensasarkan jualan 2,000 ke 3,000 unit setahun di semua sembilan pasarannya di Asia.

Kami merasakan bahawa sasaran mereka akan dicapai berdasarkan enam perkara di bawah.

1. Ia lebih luas!

 

XV boot


Dengan panjang keseluruhan meningkat dari 4,450mm kepada 4,645 mm, lebar meningkat dari 1,780 mm kepada 1,800 mm dan jarak roda meningkat dari 2,640 mm kepada 2,670 mm, ruang kabin XV baharu jauh lebih luas.

Tempat ruang kaki (legroom) di belakang diberi tambahan 26 mm lebih luas, lebih sesuai untuk anda menumpangkan tiga orang model wanita yang tinggi.

Ruang letak barang (boot) juga jauh lebih besar dari model XV sekarang - dari 310 liter kepada 350 liter (5 liter lebih besar dari ruang barang Impreza baharu!).

Ini ialah kerana kerangka baharu mempunyai bonggolan roda yang lebih kecil di sebelah dalam.
Subaru berkata ruang boot XV baharu ini dengan mudah memuatkan tiga beg golf (disusun bertingkat-tingkat)kerana ia 100 mm lebih lebar.

Walaupun lebih besar, berat XV baharu sama dengan berat XV sekarang. 

Magic bukan? 


2. Enjin dikongsi dengan Impreza baharu

XV engine

 

Enjin 2.0 liter empat-selinder Boxer dengan Direct Injection ini lain dari enjin XV sekarang.

Ia adalah enjin tanpa turbo yang sama digunakan oleh Impreza baharu dan menghasilkan 156 PS dan 196 Nm (juga lebih berkuasa dari XV sekarang).

Enjin baharu ini juga 12 kg lebih ringan dan lebih menjimatkan (XV sekarang pun sudah sangat menjimatkan).

Transmisi untuk pasaran Malaysia ialah dari varian CVT Lineartronic yang juga 7.8 kg lebih ringan dari transmisi sebelumnya.

 

3. Papan pemuka yang jauh lebih cantik

XV dashboard

 

Subaru sedar ramai yang mengatakan papan pemuka(dashboard) model Subaru adalah yang paling membosankan, jauh lebih bosan dari ceramah Salina Jalil kami bila dia membebel.

Oleh kerana itu, Subaru mengubah konsep rekabentuk kabin mereka dan hasilnya, Subaru Impreza menerima anugerah 10 kabin terbaik dunia untuk tahun 2017 oleh Ward's Auto (anugerah Ward's Auto dari US dikira antara yang termasyhur di dunia).

Ia satu pujian yang sangat tinggi kerana ia meletakan Subaru (dan juga Honda CR-V baharu) sebaris dengan Bentley Bentayga, Lexus LC500, Alfa Romeo Giulia, Maserati Levante dan Mini Countryman.

Papan pemuka dan kabin XV mirip kepada Impreza dan kami harap skrin sesentuh 8-inci dengan fungsi Apple Car Play itu datang sebagai ciri standard.

 

4. X-Mode beri lebih kemampuan untuk pemanduan off-road

XV climbing

 

Sebelum kami teruskan, off-road di sini lebih menjerumus kepada pemanduan off-road ringan, bukannya seperti Camel Trophy atau Rain Forest Challenge.

Untuk pemanduan offroad ringan, Subaru XV baharu jauh lebih baik dari model terdahulu kerana antara sebab utamanya ialah sistem X-Mode pada All-Wheel-Drive Subaru ini yang diolah semula.

Fungsi X-Mode ialah ia mengubah program komputer kawalan pendikit agar tidak terlalu sensitif.

Ini membantu agar tayar tidak terlalu cepat berpusing di dalam lumpur atau kawasan licin.

X-Mode juga mempercepatkan proses "mengunci" pembahagian tenaga dari gandar hadapan ke belakang (25 peratus lebih pantas) agar tenaga yang diperlukan segera sampai ke roda yang mendapat geseran (traction).

Sistem kawalan traction juga digunakan untuk memastikan roda tidak segera terpusing (spin).

 

5. Ia lebih selamat

XV steering

Ujian JNCAP di Jepun memberikan mata lebih kepada XV baharu ini kerana ia mempunyai kerangka lebih kukuh dan dilengkapi pelbagai fungsi keselamatan tambahan.

Sistem EyeSight yang diperkenalkan pada XV di Jepun mempunyai radar dan sonar yang membantu membaca kenderaan sekeliling dan ia mempunyai kebolehan brek autonomi atau mampu membrek sendiri bila ada kenderaan di hadapan yang berhenti.

Diharapkan Motor Image akan membawa masuk spek tersebut ke pasaran Malaysia nanti.

 

6. XV baharu lebih seronok dipandu

XV side

Dengan kerangka yang 70 peratus lebih kukuh, stabliser belakang yang diikat terus ke kerangka untuk mengurangkan olengan sebanyak 50 peratus serta sistem AWD Subaru yang terbukti, XV ini menjanjikan pemanduan yang akan membuat ramai tersenyum.

Sistem gantungan yang membolehkan anda mengambil selekoh dengan kemas dan tanpa drama ini memeberikan keyakinan kepada pemandu dan paling penting, walaupun ia mempunyai pengendalian yang mantap, kerangka yang kukuh itu menjanjikan kabin yang lebih senyap dan selesa.

Untuk membaca laporan Careta di Taiwan tempohari, klik pada pautan ini.

XV hall

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Global
  Terbaru Subaru mengumumkan Solterra 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat dengan beberapa naik…
Berita Global
  Lebih berani, WRX menggunakan kotak gear CVT atau dipanggil Subaru Performance Transmission (…