Shell lancar Shell App - aplikasi beli bahan api tanpa tunai, tebus ganjaran menarik

oleh Mohamad Hanif|
Shell Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan aplikasi mudah alih yang direka untuk pengalaman pembelian bahan api tanpa tunai yang lebih selesa daripada dalam kereta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Seow Lee Ming, Pengurus Besar Mobiliti Shell Malaysia berkata, “dalam dunia hari ini yang serba pantas, orang ramai mahukan keselesaan dan kemudahan melalui inovasi mengikut citarasa mereka sendiri.

“Shell App bukan hanya memudahkan pelanggan kami untuk membuat pembayaran minyak dengan lebih selamat dari dalam kereta, malah memastikan perjalanan mereka lebih mudah dan memberikan lebih ganjaran.

Pelanggan kini boleh menebus pembelian bahan api, atau croffle kegemaran mereka sambil mengumpul mata ganjaran dengan Shell App.
 

Shell


Menerusi integrasi BonusLink dalam Shell App, pelanggan kini boleh mengumpul mata BonusLink daripada 3,000 peniaga dan menebus ganjaran eksklusif dari Shell.

Selain itu, terdapat juga promosi menarik dan tawaran yang diubahsuai mengikut cita rasa mereka.

Shell App juga dilengkapi dengan kemudahan untuk meninjau lokasi stesen-stesen Shell berdekatan, seperti fasiliti dan kemudahan yang tersedia termasuklah ATM, surau, Shell cafe, serta pusat cuci kereta.

Shell App kini boleh digunakan di 650 stesen minyak Sell dan dijangka tersedia untuk seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Aplikasi Shell App boleh dimuat turun secara percuma menerusi kedai aplikasi dalam talian Apple App Store dan Google Play Store.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Shell Café menyediakan menu minuman menggunakan biji kopi gabungan Arabica dan Liberica, seperti…
Berita Domestik
Menurut Seow Lee Ming, Pengurus Besar Shell Mobility Malaysia, penggunaan masih ada tetapi kadar…
Berita Domestik
Dengan kerjasama ini, pelanggan tidak perlu risau untuk menghantar kenderaan mereka di Pusat Servis…