Shell Café kini di Malaysia, pusat sehenti khas untuk penggemar kopi

oleh Mohamad Hanif|
Shell Malaysia baru-baru ini merasmikan pembukaan Shell Café yang menawarkan pengalaman gastronomi yang unik kepada para penggunanya, terutama para penggemar minuman kopi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Shell Café menyediakan menu minuman menggunakan biji kopi gabungan Arabica dan Liberica, seperti Americano, Latte dan Cappucino, selain menu istimewa seperti Dirty Latte, Cokespresso dan ais kisar.


 

shell


Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis makanan yang disajikan termasuklah pasta telur masin, sosej gourmet, wrap, serta pastri seperti firecracker, Chocolate Roll, karipap, croissant dan bermacam-macam lagi.

Pembukaan Shell Café ini menunjukkan komitmen Shell Malaysia dalam menjadikan stesen Shell berfungsi sebagai pusat sehenti utama untuk memenuhi keperluan pelanggan.

 


Menjanjikan keutamaan pelanggan dengan pengalaman yang menyeluruh, Shell Café turut menyediakan ruang yang selesa untuk pelanggan beristirehat sebelum meneruskan perjalanan mereka.

Shell Malaysia menyasarkan pembukaan sehingga 80 buah Shell Café menjelang akhir tahun ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Seow Lee Ming, Pengurus Besar Shell Mobility Malaysia, penggunaan masih ada tetapi kadar…
Berita Domestik
Dengan kerjasama ini, pelanggan tidak perlu risau untuk menghantar kenderaan mereka di Pusat Servis…
Berita Domestik
Terdapat sehingga enam koleksi kereta yang boleh dikumpul, diinspirasikan daripada watak-watak di…