Shell Fleet Solutions lancar Program Accelerate to Zero, tawar penyelesaian mudah, pintar dan mampan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Shell Malaysia menerusi bahagian mobiliti perniagaannya, Shell Fleet Solutions baru-baru ini telah melancarkan Program Accelerate to Zero (A2Z), di mana ianya bakal menjadi penyelesaian serba lengkap yang lebih mudah, pintar dan mampan untuk para pengguna.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sektor pengangkutan fleet Malaysia kini sedang berdepan cabaran seperti gangguan rantaian bekalan, kekurangan bilangan pemandu, tekanan untuk mengurangkan pelepasan karbon, usaha untuk mengoptimumkan penggunaan kenderaan dan kos yang meningkat. 

Program A2Z oleh Shell direka telah khusus untuk membantu pemilik fleet pengangkutan mengoptimumkan operasi, mengembangkan perniagaan dan mencapai matlamat kemampanan mereka.

 

2

 

Penyelesaian serba lengkap dari Program Accelerate to Zero merangkumi:

Shell Card – Kunci kepada semua penyelesaian dan membolehkan integrasi perbelanjaan mobiliti harian fleet pengangkutan. Ini termasuklah perbelanjaan bahan api, telematiks, pelincir dan mengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh rangkaian Shell.

Shell Recharge – Ekosistem mengecas EV Shell menyediakan fleet pengangkutan korporat dengan pakej lengkap perkakasan, perkhidmatan perisian dan penyelesaian sokongan yang direka untuk memenuhi keperluan infrastruktur EV mereka yang khusus.

Shell Telematics –  Menggabungkan data Shell Card yang bersepadu, penjejakan kenderaan secara 'langsung', pengawasan prestasi kenderaan dan banyak lagi.

Pemampasan Karbon – Pelanggan kini boleh memilih untuk membuat pampasan pelepasan karbon daripada pembelian bahan api mereka melalui kredit karbon yang dijana oleh projek-projek Shell.
 

4

 

Menurut Pengurus Besar Shell Fleet Solutions Malaysia, Joanna Lean, penyelesaian bersepadu yang disediakan bertujuan untuk memudahkan dan memperkasakan pemilik fleet kenderaan dalam membuat keputusan perniagaan yang lebih baik untuk kekal berdaya saing bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau ini.
 
“Mengurangkan pelepasan karbon fleet kenderaan boleh menjadi usaha yang rumit, mahal dan mencabar.”

“Pemilik fleet kenderaan perlu berdepan dengan perubahan landskap kawal selia, teknologi dan komersial, sambil mengekalkan tahap perkhidmatan yang tinggi untuk perniagaan dan pekerja, serta mengurus kos dalam dunia yang tidak menentu.”

 

5


 
Shell berhasrat untuk menjadi rakan kongsi pilihan bagi pemilik fleet kenderaan di Malaysia apabila mereka beralih ke arah pengurangan karbon dan mempercepatkan pertumbuhan.”

“Sama ada anda pemilik perniagaan kecil atau perusahaan global yang besar, kami menyediakan penyelesaian fleet kenderaan bersepadu yang didayakan oleh kakitangan, teknologi dan data kami untuk membantu mencapai matlamat perniagaan dan kemampanan anda.”

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Shell Café menyediakan menu minuman menggunakan biji kopi gabungan Arabica dan Liberica, seperti…
Berita Domestik
Menurut Seow Lee Ming, Pengurus Besar Shell Mobility Malaysia, penggunaan masih ada tetapi kadar…
Berita Domestik
Dengan kerjasama ini, pelanggan tidak perlu risau untuk menghantar kenderaan mereka di Pusat Servis…