Selepas rugi banyak, Aston Martin akhirnya buat untung

oleh Muhammad Md Tajudin|
Dari luaran, dunia kereta premium dan berprestasi tampak mewah dan glamor. Hakikatnya itu belum menjamin pengeluarnya membuat untung. Ini boleh dilihat dari segi pemilikan beberapa pengeluar dalam segmen tersebut yang bertukar tangan.

Rugi itu normal manakala membuat untung itu mengejutkan.

Apabila berada dalam kumpulan automotif besar seperti VW atau FCA baru lah nampak kemajuan pesat. Diharapkan begitu juga yang bakal terjadi kepada Lotus apabila berada dalam kumpulan Geely sekarang ini.

Selain itu, ekonomi yang pesat seperti di negara China juga banyak membantu syarikat pengeluar kereta berprestasi untuk memperolehi keuntungan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah mengalami kerugian pada tahun lalu, Aston Martin Holdings (UK) Ltd, pengeluar kereta berprestasi mewah melaporkan peningkatan hasil untuk sembilan bulan sebanyak 84% kepada GBP 567 juta (RM 3,105 bilion) bagi tempoh yang berakhir pada 30 September.

Terima kasih kepada permintaan berterusan untuk model DB11 yang membantu peningkatan hampir empat kali ganda pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan hutang (EBITDA) kepada GBP 121 juta (RM 662.7 juta).

Aston Martin juga berjaya memperolehi untung sebelum cukai sebanyak GBP 22 juta (RM 120.4 juta) yang merupakan pencapaian besar berbanding kerugian tahun sebelumnya sebanyak GBP 124 juta (RM 678.9 juta).

 

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Aston Martin,Dr Andy Palmer berkata: "Prestasi kewangan kami yang kukuh dan keuntungan berterusan mencerminkan daya tarikan yang semakin meningkat terhadap kereta sukan berprestasi tinggi kami, dengan DB11 Volante dan Vantage baharu diharapkan ianya dapat merangsang permintaan selanjutnya dalam tahun akan datang. Program transformasi Second Century terus mendapat momentum dan membuka jalan bagi pengembangan operasi di peringkat global."

Berikut ialah pencapaian Aston Martin sepanjang sembilan bulan akhir September lalu:

  • Jualan telah melonjak 65% kepada 3,330 unit sementara harga jualan purata meningkat kepada GBP 150,000 (RM 821.1 juta)
  • Model Vanquish Zagato edisi terhad telah habis dijual
  • Bagi tempoh tiga bulan hingga 30 September, Aston Martin menjana keuntungan operasi sebanyak GBP 8.6 juta (RM 47.07 juta), berbanding kerugian operasi sebanyak GBP 8.5 juta (RM 46.52 juta) pada suku tahun sebelumnya 
  • Pendapatan suku ketiga meningkat kepada GBP 156.4 juta (RM 856.2 juta) daripada GBP 96.6 juta (RM 528.86 juta)
  • Syarikat memperolehi tunai dari kegiatan operasi sebanyak GBP 150.3 juta (RM 822.6 juta) pada sembilan bulan pertama tahun 2017 dan mengakhiri tempoh tersebut dengan GBP 72 juta tunai (RM 393.8 juta)
  • Selain daripada program pembaharuan produk yang sedang berjalan, Aston Martin juga sedang membangunkan kilang baharu St Athan di Wales
  • SUV mewah baharu Aston Martin akan dikeluarkan di kilang tersebut pada tahun 2019
  • Dengan prestasi cemerlang ini, Aston Martin telah menyemak semula jangkaan untuk tahun 2017
  • Aston Martin menjangka untuk memperolehi EBITDA sekurang-kurangnya GBP 180 juta (RM 984.77 juta) dengan pendapatan melebihi GBP 840 juta (RM 4,595 bilion)
  • Sebelum ini Aston Martin menjangkakan EBITDA sebanyak GBP 175 juta (RM 957.47 bilion) dan pendapatan GBP 830 juta (RM 4,541 juta)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Papan pemuka diubah kepada rekaan linear namun masih mengekalkan konsep yang sama. Paling…
Berita Global
Walaupun perancangan awalnya untuk melancarkan barisan model EV bermula pada tahun hadapan, namun,…
Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…