Aston Martin DBX707 2025, dalaman baharu untuk 'kereta super SUV'

oleh Muhammad Md Tajudin|
Aston Martin DBX707 2025
Aston Martin DBX707 2025
Selain kenderaan utiliti sukan (SUV) prestasi tinggi buatan Itali dan Jerman, pelanggan yang berminat dihidangkan pilihan dari Britain.

Dilancar pada 2022 dan dibawa masuk ke pasaran tempatan pada tahun yang sama, Aston DBX707 ibarat 'kereta super SUV'.

Enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar dari Mercedes-AMG menghasilkan lebih 700 ps dan lebih berkuasa daripada DBX biasa.

Terbaru Aston Martin memperkenal DBX707 2025 dan tidak seperti kebiasaan menumpukan pada bahagian dalaman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
 Aston Martin DBX707 2025

 

Papan pemuka diubah kepada rekaan linear namun masih mengekalkan konsep yang sama.

Paling jelas stereng bentuk D, perumah skrin pemandu bersegi dan skrin dan panel suis tengah yang tidak lagi labuh ke bawah.

Maklumat dipapar menggunakan teknologi skrin sentuh Pure Black dengan kawalan kapasitif satu dan pelbagai jari.

Pemandu diberi skrin 12.3 inci atau 1.5 inci lebih besar daripada DB12 dan Vantange. Skrin tengah berukuran 10.25 inci.

 

 Aston Martin DBX707 2025

 

Turut baharu pembuka pintu, corong penyaman udara, konsol tengah dan tuil gear yang nampak lebar dan padat.

Menyeimbangi di antara digital dan fizikal, fungsi utama mekanikal dikawal dengan butang seperti gear, mod pemanduan, pemanasan dan pengudaraan.

Butang fizikal juga digunakan untuk ampaian, program penstabilan elektronik (ESP) dan ekzos, bantuan pengekalan lorong dan kawalan jarak parkir.

Selain reka bentuk, Aston Martin memberi perhatian kepada bahan baharu yang menaikkan lagi seri DBX707 2025.

 

Aston Martin DBX707 2025

 

Pelanggan diberi tiga pilihan spesifikasi dalaman iaitu Inspire Comfort, Inspire Sport atau tempahan khas oleh Q by Aston Martin.

Keluar dari kilang, DBX707 dipasang sistem audio Aston Martin Premium Audio 800w dengan 14 pembesar suara. 

Sistem audio ini mempunyai mod bunyi sekeliling dengan pemprosesan QuantumLogic®. 

Untuk pelanggan yang mahukan sesuatu lebih istimewa, Aston Martin menawarkan sistem audio dari Bowers & Wilkins dengan 23 pembesar suara. 

 

 Aston Martin DBX707 2025

 

Sistem itu terdiri daripada twiter dua kubah aluminium, pembesar suara Continuum® dan sistem bunyi sekeliling 1,600W.

Pembesar suara tiga dimensi (3D), pembesar suara bass dan subwufer berkuasa memberikan mutu audio yang cemerlang.

Tumpuan pada dalaman tidak bermakna bahagian luar diabaikan. Di antara yang diubah pemegang pintu yang keluar dari badan apabila kunci dibuka.

Perumah cermin sisi turut bergerak apabila cermin dilaras berbanding cermin sahaja. Cermin sisi juga dilengkapi kamera bersepadu untuk kamera parkir 3D.

 

Aston Martin DBX707 2025

 

Aston menawarkan lima baharu iaitu Epsilon Black, Helios Yellow, Sprint Green, Malachite Green dan Aura Green.

Satu lagi tambahan ialah Podium Green yang sebelum ini hanya ditawarkan pada DBX707 AMR23 Edition.

Rim juga menerima warna baharu iaitu Satin Black untuk Fortis 23 inci dan Copper Bronze buat rim Forged.

Rekaan rim 22 inci Sport, 23 inci Fortis dan Forged kekal sama dengan pilihan warna Silver, Gloss Black, Textured Black, Satin Black dan Satin Black Diamond Turned.

 

Aston Martin DBX707 2025

 

Menggerakkan DBX707 ialah enjin 4.0 liter V8 dengan kuasa 707 ps dan tork 900Nm yang dipadan bersama kotak gear cekam basah sembilan kelajuan.

Sistem pacuan semua roda boleh menghantar 100 peratus daya kilas kepada gandar berdasarkan permintaan. 

Pecutan dari 0 sehingga 97 kilometer sejam (km/j) hanya perlu 3.1 saat dan kelajuan tertinggi mencecah 310 km/j.

 

Aston Martin DBX707 2025

 

Tugas memperlahankan kereta diberi kepada cakera Seramik Karbon saiz 420 milimeter (mm) di depan dan 390 mm di belakang.

Jurutera Aston Martin turut memperkemas pemanduan dengan menentukur peredam elektronik dan pegas udara.

Pengeluaran DBX707 dijadual pada suku kedua 2024 dan penghantaran di United Kingdom bermula pada suku yang sama.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Aston Martin DBX707 2025