Sebab kenapa Toyota Hilux Champ boleh dijual pada harga sangat murah

oleh Mohamad Hanif|
Penghujung bulan November, Toyota telah pun selesai melancarkan model trak pikap utiliti terbaharu yang digelar sebagai Hilux Champ.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia sangat sesuai digunakan sebagai sebuah kuda kerja disebabkan harganya yang murah (bermula dari 459 ribu Baht atau RM62 ribu), selain boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis muatan kotak kargo dan komponen aftermarket mengikut keperluan pengguna.

Berdasarkan temubual oleh Road & Track, ketua jurutera platform Toyota IMV Dr. Jurachart Jongusuk berkata, salah satu sebab kenapa Hilux Champ tidak begitu mahal ialah sifatnya sebagai sebuah trak pikap yang sangat asas.
 

hilux champ


Jelasnya, Toyota memfokuskan kepada penumpuan spesifikasi yang hanya diperlukan oleh pembeli menerusi input pelanggan sasaran yang meluas. Disebabkan itu juga Hilux Champ mempunyai ciri luaran dan dalaman yang ringkas tetapi sangat berfungsi.

Selain daripada pengurangan kos pembangunan menerusi aplikasi Toyota Production System kepada rantaian bekalan, Hilux Champ boleh dijual pada harga yang lebih murah kerana sifatnya sebagai sebuah model yang tidak lengkap sepenuhnya.

Menurut Jongusuk, Hilux Champ boleh disifatkan sebagai sebuah kanvas kosong, di mana Toyota hanya melengkapkan Hilux Champ dalam keadaan 70 peratus siap, dengan baki 30 peratus diselesaikan dan disesuaikan oleh pelanggan.
 

hilux


Seperti yang disebutkan tadi, Hilux Champ boleh disesuaikan dengan apa jua aksesori, bermula dari kotak kargo yang ringkas sehinggalah kepada sebuah trak makanan serba lengkap.

Selain daripada akses kepada lebih 100 pengeluar aksesori untuk melengkapkan Hilux Champ, Toyota Thailand juga menawarkan skim pembiayaan pembelian aksesori sehingga 108 bulan untuk menjadikan trak pikap asas tersebut lebih mampu milik.
 

kijang


Tema mampu milik dan rekaan luar Hilux Champ ini sebenarnya merujuk kepada konsep asal bagi platform IMV itu sendiri, atau lebih tepat lagi Toyota Kijang yang wujud tahun 1970-an.

Juga dikenali dengan nama Tamaraw, Kijang merupakan sebuah trak pikap ringan atau kenderaan utiliti asas (BUV) yang direka untuk pasaran Asia Tenggara.
 

hilux


Di pasaran Thailand, Hilux Champ dipadankan dengan tiga pilihan enjin, iaitu nadi petrol 2.0 liter (137 hp), nadi petrol 2.7 liter (164 hp) atau enjin diesel 2.4 liter turbo (148 hp), dengan pilihan transmisi manual atau automatik, dan sistem pacuan roda belakang sahaja.

Selepas Thailand, Hilux Champ dijangka akan menembusi pasaran Indonesia dan Filipina.

Baca: Toyota Hilux Champ

Sumber: Road & Track

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, laman Drive AU melaporkan Toyota telah mendaftarkan tanda dagang "Land Cruiser FJ" di…
Berita Global
Dalam laporan terbaharu oleh Autocar India, IMV 0 berkemungkinan besar akan lahir dengan nama…