Toyota daftar tanda dagang "Land Cruiser FJ" di Australia, SUV ladder-frame, saiz Corolla Cross?

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Best Car Web
Kehangatan berita berkenaan Toyota Land Cruiser nampaknya masih lagi belum sedia untuk dipadamkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, laman Drive AU melaporkan Toyota telah mendaftarkan tanda dagang "Land Cruiser FJ" di pasaran Australia, memberikan petunjuk kehadiran sebuah lagi model Land Cruiser dalam masa terdekat.

Perkembangan terbaharu ini dilihat mengukuhkan lagi info yang datang dari laman web Jepun Best Car Web di mana sebuah Land Cruiser Mini akan dilancarkan dengan menggunakan plet nama "FJ".
 

CC


Difahamkan, SUV off-road itu memiliki dimensi yang hampir sama besar dengan sebuah Corolla Cross (panjang 4.5 meter dan lebar 1.8 meter).

Menariknya, SUV baharu itu tidak akan menggunakan enjin diesel seperti penawaran Land Cruiser sedia ada.

 

hilux champ

 

Sebaliknya menurut Best Car, Land Cruiser FJ yang akan didedahkan pada Disember ini menampilkan enjin petrol 2.7 liter yang sama digunakan pada trak pikap Hilux Champ - berkemungkinan besar menggunakan platform IMV 0 yang sama, namun dengan sistem pacuan empat roda.

Sementara itu, laman Cars Guide AU mendedahkan Toyota mungkin akan melancarkan beberapa variasi Land Cruiser untuk 'semua golongan pengguna'.
 

LC FJ


Menurut ketua jurutera Toyota bZ4X yang juga bekas ketua projek Land Cruiser, Masaya Uchiyama menjelaskan, "kami kini mempunyai tiga versi Land Cruiser, iaitu Land Cruiser 300 Series, Land Cruiser 70, dan Land Cruiser Prado.

"Mungkin pada masa akan datang, kami akan menawarkan Land Cruiser badan monokok seperti Land Rover.

"Kami mempunyai banyak cara untuk terus maju, menggunakan pelbagai laluan, model dan posisi yang berbeza.

Sumber: Best Car Web JP, Cars Guide AU, Drive AU

Berita Berkenaan

Pelancaran
Rekabentuk gril bertemakan bintang dan planet Zuhal beserta "cincinnya" sementara roda aloi bersaiz…
Berita Domestik
Ia datang dengan kerangka ladder frame dan trenkuasa 4X4 sejati (Suzuki AllGrip Pro 4WD), seperti…
Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…