SAH: EV pertama Lamborghini muncul 2028, grand tourer 2+2

oleh Mohamad Hanif|
Lamborghini sebelum ini pernah mendedahkan model kenderaan elektrik pertama mereka merupakan sebuah model baharu yang akan diposisikan dalam segmen yang jarang diceburi untuk tempoh beberapa dekad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu kenyataan rasmi, Lamborghini mengesahkan kehadiran EV pertama mereka yang dijangka muncul pada tahun 2028, dan bakal mempunyai empat tempat duduk.

Atau lebih tepat lagi, sebuah grand tourer dengan konfigurasi tempat duduk 2+2 yang lebih praktikal untuk kegunaan seharian, menurut kata CEO Stephan Winkelmann.

Sejarah awal Lamborghini membuktikan jenama itu pernah muncul dengan beberapa buah grand tourer 2+2, termasuklah 400 GT, Urraco, Espada serta Islero.
 

EV


Untuk model terbaharu ini, ia tidak akan menggunakan platform Lamborghini, sebaliknya akan mengguna pakai kepakaran daripada Kumpulan Volkswagen, seperti model Urus.

Sebelum model GT 2+2 ini muncul, Lamborghini akan memperkenalkan model Urus dan Huracan dengan trenkuasa plug-in hybrid pada tahun 2024.

Manakala pada tahun 2029, generasi baharu Urus akan dilancarkan sebagai sebuah EV tulen.

Buat masa ini, Lamborghini mengesahkan buku tempahan bagi model Huracan dan ICE telah pun ditutup, sementara tempahan baharu bagi model Revuelto hanya akan dibuka selepas separuh kedua tahun 2025.

Berita Berkenaan

Uncategorized
  Berapa kuasa? 620 ps dam 800Nm. Rendah daripada Urus S dan urus Performante namun tinggi jika…
Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…