Namun, bagi anak-anak muda yang mahukan penampilan mereka dikesan dengan mudah, jasa baik dan kepakaran Mansory boleh dicurahkan ke atas sedan yang berharga $332,500 ini atau RM1.45 juta di Malaysia.
Baca: Rolls-Royce Ghost 2021
Kalau versi standard Ghost tampil elegan, sentuhan Mansory ini membuatkan Ghost menjadi lain daripada yang lain, terima kasih kepada penawaran kit badan gentian karbon seperti splitter hadapan, skirt sisi, spoiler trunklid, spoiler kedua yang terpasang pada bumbung, serta diffuser.
Ciri gril hadapan beriluminasi nampaknya turut mendapat sentuhan Mansory, sementara bahagian belakang pula dikemaskan dengan tip ezos yang unik.
Untuk ruang kabin, Mansory telah menggunakan gandingan kulit berwarna putih dan Orange Mandarin pada tempat duduk, konsol tengah, terowong transmisi, papan pemuka serta panel pintu. Roda stereng juga datang dalam rekaan serba baharu.
Modifikasi turut dilakukan terhadap unit enjin, di mana nadi 6.75 liter V12 itu telah dinaiktaraf ECU-nya, serta padanan sistem ekzos sports serta penukar bermangkin berprestasi tinggi.