Risau jualan EV China diharamkan di Eropah dan US, kerajaan mereka sudah mula atur langkah

oleh HEZERI SAMSURI|
Pantas, itulah yang boleh dikatakan tentang cara negara China itu beroperasi.

Perang harga yang menyebabkan EV dari negara itu menjadi semakin murah turut menjadi punca jualan kenderaan genre itu meningkat di negara-negara maju seperti di Eropah dan juga di US.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia menimbulkan kerisauan di kalangan syarikat EV dari dua benua itu. Baru-baru ini, Elon Musk sendiri berkata jualan EV akan dibolot oleh China kerana mereka menawarkan harga yang tidak masuk akal.

Kerajaan China juga mula merasa bimbang kerana Eropah dan US boleh menutup pintu perdagangan mereka demi untuk menjaga periuk nasi masing-masing.

Eropah dan US semestinya tidak mahu syarikat EV dari negara mereka sendiri tersungkur kerana tidak mampu bersaing harga dengan produk dari China yang lebih rendah.

Untuk memastikan masalah itu tidak timbul, sembilan agensi kerajaan China turun berbincang dan menghasilkan garis panduan kepada syarikat-syarikat EV mereka agar produk EV China tidak disekat masuk ke pasaran negara maju.

 

 

 

Menurut laporan Asia Nikkei, perbincangan itu menyenaraikan 18 perkara yang boleh dilakukan bagi memastikan syarikat EV China terus berkembang maju secara global.

Antara yang disenaraikan ialah syarikat EV China digesa untuk membuat pusat-pusat R&D (Penyelidikan dan Pembangunan) yang dibantu oleh institusi penyelidikan negara-negara luar.

Ia juga mencadangkan syarikat EV China untuk segera patuh kepada perundangan tempatan negara-negara tersebut, lebih tepat lagi undang-undang berkaitan bateri, alam semula jadi, data dan hakcipta.

Mereka juga dicadangkan untuk menggunakan vendor-vendor dari negara-negara itu bagi menghasilkan alat ganti dan pemindahan teknologi untuk membantu dalam proses khidmat selepas jualan.

Agensi Perdagangan US sedang mengkaji tekanan dari jualan EV China di pasaran negara Uncle Sam itu sementara Kesatuan Eropah mula masih sedang menyiasat samada harga EV China yang rendah itu adalah akibat subsidi dari Beijing sendiri.

Apa yang pasti, China cukup pantas bertindak untuk memastikan perkembangan perdagangan global mereka tidak tergugat dan ia mahu kekal sebagai gergasi dunia EV.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…