Rakyat Malaysia berisiko kemalangan kerana suka berkonvoi di Thailand

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Keseronokan rakyat Malaysia bercuti dengan kenderaan sendiri di Thailand boleh bertukar tragedi jika tidak memahami undang-undang serta peraturan jalan raya di negara gajah putih itu.

Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi mendedahkan ramai rakyat Malaysia berisiko terlibat dalam kemalangan kerana kebanyakan mereka suka berkonvoi apabila melancong di sini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata, lebuh raya di negara ini yang luas dan lurus menyebabkan ada dalam kalangan rakyat Malaysia memilih untuk memandu secara laju.

"Had laju pemanduan yang ditetapkan oleh kerajaan Thailand untuk kenderaan dan motosikal di kawasan lebuh raya ialah 90 kilometer sejam (KMJ) sekali gus berbeza dengan Malaysia iaitu 110 KMJ.

"Situasi itu boleh mengundang berlakunya kemalangan jalan raya jika tidak berhati-hati," katanya ketika ditemui pemberita pada sambutan 'Melayu Day'.

Menurut beliau, lebuh raya di Thailand mempunyai banyak laluan yang membolehkan kenderaan membuat pusingan U.

Ujarnya, pada masa sama banyak motosikal yang ditunggang oleh rakyat negara ini akan melintas dan membuat pusingan-U pada kawasan tersebut sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Ahmad Fahmi memberitahu, justeru rakyat Malaysia disaran memandu secara berhemah bagi mengelakkan kemalangan.

Dalam perkembangan lain, beliau menasihatkan warga Malaysia supaya mengembalikan semula borang deklarasi kenderaan kepada Jabatan Kastam Thailand jika menggunakan kereta sendiri sebelum keluar dari negara berkenaan.

"Hari ini saya dimaklumkan, ramai rakyat Malaysia terlupa menyerahkan semula borang deklarasi kenderaan mereka pada Kastam Thailand. Pada masa ada, ada juga tersalah kaunter dan menyerahkan kepada pihak Imigresen Thailand.

"Jika situasi itu berlaku, Kastam Thailand menganggap kita tinggal lebih masa apabila tiada rekod menyatakan kita sudah meninggalkan negara itu," katanya.

Ahmad Fahmi memberitahu, kesilapan menyerahkan borang deklarasi itu kepada kaunter Imigresen Thailand boleh menyebabkan data rakyat Malaysia meninggalkan negara ini tiada.

"Keadaan itu menyebabkan, rakyat Malaysia boleh didenda 1,000 Thai Bhat (RM132.70) sehari bermula pada tarikh luput penyerahan borang deklarasi kenderaan," katanya.

- sebelum memulakan perjalanan ke negara asing, sila semak dan pelajari dahulu undang-undang negara tersebut, serta jangan lupa ambil insurans tambahan untuk kenderaan anda -

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara yang terlibat termasuklah wakil daripada Hyundai Motor Company itu sendiri, diikuti wakil…
Berita Domestik
"Kemalangan berlaku apabila tiga kereta tersebut dari arah laluan yang sama dan apabila tiba di…
Berita Global
Konvoi GWM EV Convoy Tour 2023 selama lapan hari bermula pada 1 Ogos 2023 itu bermula dari bandar…