Konvoi EV GWM rentas tiga negara, 15 bandar

oleh Mohamad Hanif|
Great Wall Motor (GWM) baru-baru ini menganjurkan konvoi yang terdiri daripada 11 buah kereta elektrik ORA Good Cat merentasi 15 buah bandar besar di tiga buah negara, iaitu Singapura, Malaysia dan Thailand.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Konvoi GWM EV Convoy Tour 2023 selama lapan hari bermula pada 1 Ogos 2023 itu bermula dari bandar Bangkok, Thailand sebelum menuju ke selatan untuk meneroka pemandangan menarik di sepanjang laluan Thailand, Malaysia dan Singapura.
 

ORA


Perjalanan ini juga turut menandakan pelancaran rasmi jenama GWM, kemunculan rasmi ORA Good Cat serta pembukaan pusat pameran pertama mereka di Singapura.

ORA Good Cat yang dilancarkan di Malaysia menampilkan motor elektrik tunggal berkuasa 143 PS/210 Nm, dipadankan dengan pek bateri berkapasiti 63.129 kWh (varian 500 Ultra) yang membenarkan jarak gerak sejauh 500 km untuk sekali cas penuh.
 

ORA


Versi aras mula ORA Good Cat 400 Pro pula dibekalkan dengan pek bateri Lithium Iron Phosphate berkapasiti 47.788 kWh, dengan jarak gerak sejauh 400 km boleh dicapai untuk sekali cas penuh.

Untuk pasaran tempatan, ORA Good Cat dijual pada harga bermula dari RM139,800 hingga RM169,800.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata, lebuh raya di negara ini yang luas dan lurus menyebabkan ada dalam kalangan rakyat…
Berita Global
Antara yang terlibat termasuklah wakil daripada Hyundai Motor Company itu sendiri, diikuti wakil…
Berita Domestik
"Kemalangan berlaku apabila tiga kereta tersebut dari arah laluan yang sama dan apabila tiba di…