Pusat pameran MV Agusta kini di Batu Caves

oleh DIANA ISMADI|

MV AGUSTA secara rasminya kini telah membuka ‘Life Sytle Centre’ di Malaysia bersama pengedar tunggal rasminya iaitu Moto Varese Asiatic Holdings Sdn.Bhd.

 

Moto Varese Asiatic Holdings Sdn.Bhd merupakan anak syarikat DNC Asiatic Holdings Sdn.Bhd. yang mengeluarkan motorsikal Demak di Malaysia dan Seri Lanka.

 

Pusat ‘Life Style’ ini terletak di kawasan Industri Amari, Batu Caves, yang menyediakan khidmat jualan terus, khidmat selepas jualan serta menjual alat ganti. Ia telah dirasmikan pada 16 julai 2017, oleh Pengarah Kejuteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan, Dato’ Mohamad Dalib, Pengarah Pemasaran dan Jualan MV Agusta S.p.A Itali, Raffaele Giusta dan Pengerusi Motor Varese Asiatic Sdn.Bhd,Hu Ying.

 

MV Agusta juga telah melantik satu pengedar di bahagian Utara dan dijangka dua atau tiga lagi akan dibuka sebelum hujung tahun ini.

 

Antara model terkini yang dipasang secara CKD dan dijual di Malaysia adalah MV Agusta Brutale 800, Brutale 1090, Dragster 800RR, Turismo Veloce 800 lusso RC dan F4RR. Pada penghujung tahun ini dijangka enam lagi varian model akan tiba, dengan harga bermula dari RM90,000.00.

 

Penulis;Afiz Takumi

 

Add new comment